in

“Saya tidak akan melindungi” – Tengku Hassanal Mahu Polis Siasat Kes Kerabat Pahang Langgar Undang-undang

Tengku Hassanal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua tiga hari ini, hangat diperkatakan dakwaan seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan orang telah menyerang seorang lelaki menggunakan senjata tajam dan pistol sehingga mendatangkan kecederaan.

Lelaki terbabit, Alias Awang, 44, mendakwa dia telah menjadi mangsa serangan kumpulan itu di sebuah kandang kuda dekat Kuantan pada Jun lepas.


Kerabat 1

Menurut mangsa, dia telah dihubungi oleh seorang individu dipercayai orang suruhan anak kerabat berkenaan untuk bertemu dengannya.

Saya diserang oleh kira-kira 20 orang termasuk anak Tengku berkenaan. Dalam kejadian itu seorang rakannya telah menyerang saya dengan menikam peha kanan saya dengan pisau.

“Anak Tengku berkenaan pula melepaskan tembakan ke arah kaki saya, namun tidak mengenai sasaran,” dakwanya yang juga sudah membuat laporan polis pada 8 Jun lalu.

Artikel berkaitan: “No wedding, takde kahwin” – Tengku Hassanal Minta Orang Ramai Hormati Privasi Berkaitan Soal Perkahwinan

Artikel berkaitan: Pengerusi NGO Disiasat Lepas Persoal VIP Datang Lambat, Tengku Hassanal Mohon Maaf Di IG

Tengku Hassanal titah polis jalankan siasatan 

Susulan tularnya kes tersebut, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan polis menjalankan siasatan segera, telus dan adil, berhubung dakwaan tersebut.

Img 8952

Titah Tengku Hassanal, baginda memandang serius mengenai laporan yang tular itu dan jika terbukti kesalahan dilakukan, individu tersebut hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

Justeru, saya menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan.

“Sekiranya terdapat bukti kesalahan dilakukan, ia hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan. Semua pihak adalah sama di sisi undang-undang dan saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang,” titahnya dalam satu kenyataan rasmi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan.

Kertas siasatan sebelum ini dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya tetapi dikembalikan untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Berita Harian, Instagram, Malaysiakini

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.