in

“Saya tetap rasa menang” – Isu Amelia Henderson Bayar Ganti Rugi, A. Aida Reda Keputusan Mahkamah

a. aida rasa menang kes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Amelia Henderson hari ini berjaya dalam rayuannya berhubung bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.

Susulan keputusan itu, A. Aida memaklumkan dia reda menerima keputusan mahkamah tetapi menganggap dirinya tetap menang dalam kes itu kerana pelakon tersebut masih perlu membayar denda.


Mahkamah memutuskan Amelia tidak perlu bayar ganti rugi tersebut sebaliknya memerintahkan pelakon itu untuk membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah 5 peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini.

Artikel berkaitan: “Ramai cakap saya degil” – Langgar Kontrak A. Aida, Permohonan Maaf & Ganti Rugi Amelia Henderson Ditangguh

Artikel berkaitan: “Saya rasa saya buat benda betul” – Amelia Henderson Bakal Kemukakan Rayuan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

“Kita kena hormat keputusan mahkamah dan saya reda… Bagaimanapun dia tetap kena bayar denda. Jadi di situ terbukti dia bersalah kerana langgar kontrak.

“Walaupun bukan jumlah yang disebut sebelum ini namun saya tetap rasa menang. Dia kena bayar RM100 pun saya menang dalam kes ini,” ujarnya.

Namun, A. Aida turut meluahkan rasa kecewa dengan keputusan itu kerana dia berjuang untuk memberi pengajaran buat pelakon lain supaya tidak melanggar kontrak.

“Ada juga rasa kecewa apabila keputusan mahkamah tidak mengenakan bayaran seperti sebelum ini.

“Selama ini saya berjuang sebab nak beri pengajaran kepada pelakon supaya tidak lagi langgar kontrak. Dia tarik diri sehari sebelum penggambaran dan itu menyusahkan produksi,” ujarnya.

Bagaimanapun, A. Aida tetap menjadi profesional jika bertemu Amelia di mana-mana majlis kerana masalah kerja dan peribadi tidak boleh dicampurkan.

Sementara itu, Amelia yang bersyukur dengan keputusan itu menyatakan bahawa dia hanya ingin mempertahankan kedudukannya sebagai seorang pelakon dan tidak pernah ingin melanggar kontrak kerana dirinya sangat sayangkan kerjaya lakonan.

Terdahulu, Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

Sumber: mStar, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.