in

“Saya ternampak tubuh arwah tak bergerak.” – Majikan Pilu Pekerja Meninggal Terkena Bilah Potong Jerami Pada Hari Pertama Kerja

Screenshot 2019 03 04 At 7.06.05 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tak berbau, seperti berita sedih yang dilaporkan oleh Harian Metro hari ini – hari pertama pekerjaan seorang remaja berusia 21 tahun sebagai seorang pemandu traktor bertukar menjadi tragedi yang meragut nyawa.

Remaja meninggal selepas terjatuh dari traktor yang dipandunya. Kepala dan badannya terkena bilah pemotong jerami.


04Hm04Abd01 1551664816 1
Sumber: harian metro

Majikan Alif, Azli Che Ahmad, melihat traktor yang dipandu Alif terbiar di tengah-tengah sawah. Pada awalnya dia menyangka traktor tersebut rosak. Tapi, selepas cuba telefon beberapa kali, Azli tergerak untuk pergi berdekatan dengan traktor tersebut.

“Mulanya saya menyangka arwah pulang ke rumah atau pergi membeli makanan namun tidak sedap hati sebelum pergi melihat lebih dekat.”

Apabila Azli menghampiri traktor tersebut, dia terkejut apabila melihat tubuh Alif terlentang 12 meter dari traktor disebalik jerami dengan kepala dan badan cedera parah.

“Saya menemuinya dalam keadaan telentang namun tidak berani menyentuhnya kerana bimbang melihat kecederaan di kepala dan badan,” katanya.

04Hm04Abd 1551664820
Sumber: harian metro

“Arwah seorang yang rajin bekerja…”

Menurut Azli, selepas kematian ibu bapa, Alif bekerja keras untuk meneruskan hidup dan sanggup membuat pelbagai pekerjaan dan sering menumpang di rumah rakan bergantung pada tempat kerjanya.

“Arwah seorang yang rajin bekerja dan dia bekerja tidak menentu dengan majikan yang berlainan mengikut kerja yang ditawarkan dengan upah sekitar RM100 hingga RM150 sehari.”

“Bagaimanapun, tadi dia tidak sempat menghabiskan satu petak sawah sebelum kejadian berlaku,”

Azli terus menghubungi pihak polis sejurus selepas dia menemui mayat Alif. Polis mengesahkan kematian Alif sebagai mati mengejut.

Korang jangan lupa stay safe ok?

 

Baca: “Janganlah aku mati macam ni Ya Allah” – Gadis Kongsi Pengalaman Hampir Maut Accident, Tapi Diselamatkan Hanya Kerana Pakai Seat Belt

Screenshot 2019 03 04 At 7.00.31 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.