Bila ada anak kecil ni, ibu bapa kenalah berhati-hati dengan barang yang ada dalam rumah. Barang bahaya seperti ubat ke, benda tajam macam pisau ke atau lain-lain eloklah dijauhkan dari anak.
Tak cukup dengan tu, kalau korang ada rak-rak yang tak berapa stabil kat rumah, better tukar lain atau ikat dengan tali sebab takut jadi macam kes kat bawah ni.
“Satu pengajaran buat kami. Tolong ibu bapa kat luar sana hati-hati dengan almari dekat rumah”
Menerusi perkongsian Ain Azman di Facebook, dia berdepan dengan detik cemas apabila anak kecilnya yang masih bayi hampir cedera parah dihempap almari kayu setinggi 2 meter.
Sebaik perkara tu terjadi, Ain terus kejarkan anaknya ke HUSM dan doktor mendapati yang tempurung kanak-kanak tu retak! Allahu… Namun selepas membuat ujian CT SCAN, mujurlah tak ada pendarahan di kepala dan anaknya kini dalam pantauan doktor.
“Kalau budak tengah lasak… segala benda almari perlu diikat”
Posting ini sedikit sebanyak telah membuka mata netizen terutamanya ibu bapa untuk lebih berhati-hati dengan keselamatan anak di dalam rumah.
Ada yang mengesyorkan supaya parents ikat almari atau perabot yang berat untuk mengelakkan kejadian ini berulang. Yelah kan, budak-budak tengah lasak ni semua benda nak ditariknya.
Take note ye parents semua! Apa-apapun min doakan semoga adik ini cepat sembuh. Amin…