in

“Meraung tengok jenazah adik” – Kegembiraan 3 Beradik Bertukar Jadi Tragedi, Anak Bongsu Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Lubang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tak berbau… Suasana pilu menyelubungi tiga beradik lepas melihat jenazah adik bongsu mereka di Jabatan Forensik Hospital Raja Bainun (HRPB) yang maut akibat terjatuh ke dalam lubang kumbahan di Kuaters Balai Polis Pasir Puteh, hari ini.


Menurut Harian Metro, ketiga-tiga beradik itu, Mohamad Syafiq Ahmad Hafiz,10; Muhamad Syakir Zufairi, 7; dan Muhamad Asyraf, 6, dilihat meraung dan menangis lepas tengok jenazah adik mereka, Muhammad Anas Hadif, 3.

Download
sumber: hm

 

Bapa terkejut dengar jeritan, tengok-tengok selipar anak sudah terapung… 

Kejadian yang berlaku dalam jam 8 pagi tu terjadi ketika bapa mangsa, Lans Koperal Ahmad Hafiz Mustafa, 32, dan isteri berada di dalam rumah manakala 3 orang anak yang lain sedang bermain di hadapan kuaters.

Tiba-tiba tak diduga, bapa mangsa dikejutkan dengan jeritan anak ketiganya yang menyebabkan mangsa terus keluar rumah untuk lihat apa yang berlaku sebelum mendapati yang anak bongsunya itu sudah tiada bersama 2 abangnya.

“Pada mulanya saya menyangkakan anak saya dilanggar kenderaan kerana mendengar abangnya menjerit, namun saya terkejut apabila melihat anak bongsu saya sudah tiada dan mencarinya di sekitar kawasan.

“Saya kemudiannya melihat ke dalam lubang kumbahan yang mana lubang penutupnya sudah terbuka dan melihat selipar anak saya terapung di dalam air kumbahan berkenaan,” kata Ahmad Hafiz.

72265592 198085397874270 2252600309689876480 N

72230487 198085457874264 3908121636053712896 N
sumber: facebook

 

Anak bongsu manja dan tak boleh berenggang

Tambah Ahmad Hafiz lagi, keempat-empat anaknya memang ada bermain di lubang kumbahan yang terletak di balai tu semalam sebelum 3 beradik tu bermain sekali lagi di tempat yang sama hari ini. Allahu… 

Mangsa menurut bapanya merupakan seorang yang manja dan tidak boleh berenggang dengan si ibu. Kehilangan anak bongsunya itu sangat dirasai mereka sekeluarga.

Adik
sumber: hm

Ahmad Hafiz juga sebenarnya baru sahaja sebulan tinggal di kuarters berkenaan selepas ditukarkan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Manjung ke Bahagian Kem Komandan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Walaupun perit dan sedih dengan kemalangan yang berlaku terhadap anak saya ini, namun saya reda kerana Allah lebih menyayanginya,” katanya.

Semoga keluarga ini tabah hadapi dugaan. Al fatihah…

Baca: “Balik kerja nampak anak sudah tak bernyawa, muka kebiruan” – Bayi Berusia 1 Bulan Mati Lemas Tertiarap, Bapa Nyenyak Tidur Di Ruang Tamu

Tidoq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.