Kita sedia maklum nama pelakon Thailand Tangmo Nida ini masih menjadi perbualan hangat netizen Malaysia kerana kematiannya yang tragis.
Saat di TikTok dipenuhi dengan kisah tersebut, seorang wanita ini telah menangkap perhatian netizen kerana mempunyai paras rupa yang seiras dengan pelakon tersebut.
Wanita mirip Tangmo Nida
Gambar wanita itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuatnaik oleh adik iparnya. Rata-rata netizen mengakui bahawa wajah Fee Fitroh 34, ini memang sama.
Menerusi mStar Online, Fee menjelaskan bahawa rupanya itu telah menjadi buah mulut orang ramai sejak dulu lagi, cuma sekarang ia makin banyak diperkatakan susulan dengan kes kematian Tangmo Nida itu.
Katanya, dia tak tahu berkenaan dengan video perbandingan tersebut sebelum dimaklumkan oleh salah seorang pelanggannya dari Thailand kerana ia tular sampai ke negara gajah putih itu.
“Pelanggan tu selalu datang ke salun milik saya dekat Sungai Golok, Thailand. Saya sendiri berasal dari sana.”
https://www.instagram.com/p/Ca8umwep1Ej/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again
Namun begitu, bagi Fee, dia tidak merasakan bahawa wajah mereka seiras. Menurut sumber lagi, Fee baru sahaja menetap di Malaysia kerana bertemu jodoh dengan seorang jejaka dari Kelantan, Nik Roasdi, 41 tahun.
“Saya tak berapa fasih nak cakap Melayu kecuali dalam slang Kelantan. Tetapi sekarang boleh membaca dan mengeja perkataan Melayu cuma lambat sikit.”

“Lagipun saya datang Malaysia sebelum PKP tahun 2018 lepas kahwin. Jadi saya masih baru lagi. Saya dan suami tinggal dekat kawasan Rantau selepas mendirikan rumahtangga.”

Katanya lagi, dia akui bahawa dia terkesan apabila mendapat tahu kematian Tangmo itu.
“Bila masuk video muka saya dengan Tangmo tu viral, saya takut juga sebab disamakan dengan orang yang dah meninggal. Tapi bagi saya cerita kematiannya sangat menyedihkan.”
Tambah Fee, dia memang ada follow Tangmo sebelum kes kematiannya lagi. Baginya, banyak cerita tak betul dikeluarkan.
“Apa yang saya tahu. Tangmo ni orangnya baik. Dulu dia orang susah duduk dengan bapa selepas berpisah dengan ibunya. Masa dia bercinta pun dia pernah nak bunuh diri sebab putus dengan kekasihnya.”
Baca : Netizen Minta Buat Drama Pasal Tangmo, Shahrulezad Lebih Suka Pasal Altantuya Sebab…

