in

“Saya takkan pernah menipu atau sebar fitnah dalam bab kemajuan islam” – Caprice

Caprice 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini Ustaz Ebit Lew menjawab kesemua persoalan dan kritikan yang dibangkitkan dan penyanyi Caprice tadi ada membuat satu kenyataan menerusi IG Story miliknya, sepanjang tempoh artikel ini ditulis ia baru 31 minit dikongsikan.

 

Saya takan  sebar fitnah – Caprice


Image From Ios 11

Menurut Caprice, mana-mana pihak JAIS, JAKIM, wakil rakyat, pelajar yang pernah berjumpa dengannya, Caprice telah menjelaskan visinya untuk ummah.

Katanya lagi, sebagai individu dia akui banyak buat dosa dan banyak lagi yang perlu belajar tentang agama, tetapi biarpun begitu Caprice menjelaskan bahawa dia takkan sebar fitnah.

“Walaubagaimanapun, saya harap anda tahu bahawa saya takkan pernah menipu atau sebar fitnah berkanaan dengan kemajuan islam dan umat islam.”

Oleh itu, Caprice sekali lagi minta maaf atas tindakannya sebelum ini yang terlalu ikutkan emosi dan dia juga menyatakan bahawa selama ni dia memberikan sokongan 300% kepada Nadir di Gaza dan Ebit Lew.

“Perkara yang kita tahu, insyaAllah kalau bukan di dunia, kita jumpa disana. Caprice doa untuk Ebit Lew dan team Ebit Lew, walaupun misi kita ke Gaza sangat berbeza, kalau kita sesama sendiri tak boleh berdamai, apa lagi di Palestine?”

Caprice juga berkata, selama dia berada di disana, dia masih merujuk Ulama dan beberapa ustaz tentang perjalanan dia ke negara tersebut.

“Alhamdulillah walaupun ramai yang tegur Caprice, tetap minta Caprice teruskan dengan misi dan pejuangan kita.”

Caprice juga tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan diplomasi, keamanan dan belas kasihan, bukan sahaja Palestin tetapi di seluruh dunia.

Semoga segala urusan dipermudahkan.

 

Baca : “Saya akan contact Caprice” – Pelik Nama Kena ‘Petik’, Neelofa Nafi Tuduhan Dalam Live IG Ustaz Ebit Lew

Fi Uell

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.