Dengan kerajaan baru di Malaysia, sememangnya diharapkan ada perubahan kepada negara terutamanya dari segi kebebasan bersuara.
Nasib baik di bawah tampuk kepimpinan yang baru ni, kita dah dapat lihat perubahannya selepas Tun M mengatakan tak setuju dengan tindakan polis yang telah menangkap pengkritiknya.
![gy](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/gy.jpeg)
Menurut Malaysiakini, pada malam tadi, Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi telah memberitahu melalui Facebook yang seorang suspek telah ditangkap susulan laporan polis oleh beberapa NGO yang tidak berpuas hati dengan ‘penghinaan keterlaluan terhadap Mahathir dan agama Islam’.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=240210149877237&id=166538460577740
Posting Facebook tersebut yang dituruti dengan hashtag #lessonlearn dan #berhemahketikaberbicara mendapat kecaman daripada aktivitis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Ismath di Twitter.
![khalid](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/khalid.png)
Mengetahui hal ini, Tun M telah memuat naik posting di Twitter miliknya dan memaklumkan yang beliau tidak bersetuju dengan tindakan tersebut serta undang-undang itu akan dikaji apabila parlimen bersidang nanti.
![yu](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/yu.png)
Tapi harapnya tak adalah yang mengambil kesempatan pulak lepas ni. Kebebasan bersuara bukanlah tiket untuk kita menjadi biadap ye, ingat tu…
Baca: “Dia kata ada banyak kerja untuk binba kerajaan baru, dia minta rakyat faham”