in

“Saya tak sangka…” – Lagu Baru Fattah Amin ‘Trending’, Dapat Sambutan Luar Biasa

syaz ft 2025 02 24T153738.019

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, nama pelakon Fattah Amin kini semakin melonjak naik. Dia bukan sahaja muncul di kaca tv malah dia juga banyak menjadi ‘wajah’ untuk jenama-jenama tempatan di media sosial.

Terbaru, juara Hero Remaja itu melancarkan lagu baru berjudul Lelaki Terakhir dan ia mendapat sambutan luar biasa khususnya di TikTok dan YouTube.


Artikel berkaitan: “Kuat mengusik” – Orang Ramai Terhibur Tengok Lan Pet Pet ‘Merenjis’ Fattah Amin & Amira Othman

Artikel berkaitan: “Sumbangan ini menyelamatkan nyawa” –  Rakyat Palestin Ucap Terima Kasih Kepada Fattah Amin

Ketika artikel ini ditulis, lagu tersebut sedang trending di You Tube dan kini berada di tangga ke 17 carta YouTube Music dengan jumlah tontonan sebanyak 77K, meskipun baru dimuat naik 3 hari lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Fattah berkata, dia gembira lagu barunya itu berjaya menghangatkan industri muzik tanah air meskipun ia single bergenre balada romantik yang mengisahkan cinta sejati, kesetiaan dan perjuangan dalam hubungan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan terharu dengan sambutan luar biasa daripada peminat terhadap lagu ini (Lelaki Terakhir). Saya tak sangka ia diterima dengan begitu baik dan ‘trending’ di YouTube dalam masa singkat.

Ini adalah satu pencapaian yang sangat bermakna untuk saya dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi sokongan. Sejujurnya, perjalanan menghasilkan lagu ini bukan perkara mudah.

Tapi, dengan sokongan pasukan peminat saya yang hebat memberi satu semangat padu kepada saya sebagai dorongan untuk sentiasa terus membuat karya lagu lebih baik, menjadi inspirasi dan mampu menyentuh hati pendengar,” katanya.

Menurut Fattah lagi, dia yang bertindak sebagai penulis lirik bersama Mel Ramlan menyifatkan lagu Lelaki Terakhir itu dekat dengan sesiapa saja yang berhadapan dugaan dalam hubungan cinta.

Difahamkan, lagu itu dihasilkan kerana ia adalah lagu runut bunyi (OST) drama bersiri, Keluarga Itu lakonannya sebagai Ansara yang diarahkan Nur Ain Sharif dan skrip oleh Eirma Fatima.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.