in

“Saya tak pernah kata saya terpaling solehah” – Fazura Jawab Dakwaan Pergi Kelab & Buka Tudung

Ft Fazura Respon Isu Clubbing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Fazura tampil memberikan respon berhubung dengan kontroversi yang melanda pada dirinya baru-baru ini. Dia dikatakan telah berkunjung ke kelab malam dan tidak memakai tudung ketika melancong ke Indonesia.

Fazura dalam temuramahnya menegaskan mana-mana pihak agar berhenti menyebarkan berita tidak benar untuk menjatuhkan reputasi dirinya.


Artikel Berkaitan : “I trust my husband” – Fazura Dedah Fattah Hampir ‘Disondol’ Pelakon Wanita, Mujur Suami Tak Layan!

Artikel Berkaitan : “Finally jumpa jugak!” – [VIDEO] Viral Wajah Seiras Fazura, Netizen Teruja Akhirnya ‘Kembar’ Bertemu

Jelas Fazura, dia enggan komen panjang mengenai isu tersebut, namun begitu, sebagai seorang manusia biasa, dia terkejut apabila mendengar dakwaan tersebut.

“Saya pun sebelum ini tidak pernah mengatakan saya terpaling solehah, tiada kenyataan sebelum ini saya kata saya mengaji dan solat setiap hari. Setiap hari saya berusaha ke arah lebih baik dan istiqamah.”

Dalam pada itu, Fazura akui bahawa dia ada muat naik gambar memakai hoodie di Instagram, namun dakwaan yang mengatakan dia bersama beberapa rakan lain itu ke kelab malam adalah satu tuduhan berat.

“Sejujurnya tak ada, kalau nak pergi clubbing ke mana? Dah tutup. Sejujurnya saya memang sukakan muzik dan menari, bila saya sibuk 24 jam bila ada masa terluang saya akan berhibur dengan kawan-kawan.”

“Saya suka pergi karaoke dengan kawan, sekarang ada banyak kedai makan yang pasang muzik kuat.”

@astronews1

Pelakon dan usahawan Fazura nafi dakwaan sebuah portal kononnya membuka hijab, memakai hoodie serta pergi ke clubbing di negara jiran.

♬ original sound – Astro News – Astro News

Dalam ada itu, Fazura turut mengatakan yang dirinya tidak pernah ambil tahu mengenai orang lain apatah lagi merancang untuk menjatuhkan seseorang.

“Saya tak pernah rancang untuk jatuhkan orang demi naikkan diri sendiri. Doakan saya jadi muslimah yang baik, yang penting saya jadi diri sendiri berbanding saya bertutup litup kang tiba-tiba saya buka pula.”

Sebelum ini, ada satu laman kelab peminat selebriti terkenal membuat satu kenyataan sindiran terhadap artis bertudung yang mengunjungi kelab malam dengan memaki topi dan hoodie. Disebabkan itu, nama Fazura dipetik oleh warganet sebagai artis yang dimaksudkan.

Sumber: mStar, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.