in

“Saya tak pandai”- Bapa B40 Menangis Di Radio, Sedih Tak Mampu Beri Pendidikan Terbaik Untuk 5 Orang Anak

Cats 112

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu PKP ini boleh katakan ramai yang dibuang kerja, dapat gaji separuh dan ada juga yang tiada pendapatan langsung untuk teruskan kehidupan.

Melalui rakaman suara di Suria FM baru-baru ini, ada seorang bapa yang meluahkan perasaan dia sampai menangis. Kenapa dia menangis tu?


 

Sedih tak mampu beri yang terbaik

Suria Malaysia berkongsi satu video di Instagram diorang tentang seorang bapa B40 yang menangis teresak-esak sambil berkongsi kesusahan hidup keluarganya dalam musim pandemik ini.

Menerusi Segmen Team Pagi Suria yang dikendalikan oleh DJ Issey Fazlisham dan Ajak Shiro, ada seorang pemanggil yang dikenali sebagai Abang Hamdan memberikan pendapat dia tentang topik yang sedang dibincangkan pada pagi Isnin itu iaitu mengenai murid tak join PdPR boleh digantung sekolah.

Lelaki itu bercerita yang dia cuma pekerja yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk sediakan gajet untuk 5 orang anaknya yang menjalani pembelajaran secara PdPR.

 “Saya kerja biasa-biasa je. Bukan kerja bagus, gaji mahal macam orang lain.”

Saya Tak Pandai

Lebih menyentuh hati, lelaki itu meluahkan yang dia terkilan sebab tak mampu beri pendidikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

“Saya nak tolong ajar tapi saya tak pandai. Kita suruh diorang belajar tapi bila mereka tanya balik, kita tak dapat jawab.”

Sambil menangis, lelaki ini beritahu yang dia tiada tempat untuk bercerita dan berharap kerajaan ambil berat tentang golongan B40.

“Saya tak ada tempat nak bercerita. Saya harap orang atasan ni akan pandanglah golongan B40.”

Bapa B40

 

Ramai nak hulur bantuan 

Di ruangan komen video yang dimuat naik di Instagram Suria Malaysia itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap lelaki itu bila dengar cerita yang dikongsikan.

Selain bersimpati dengan kisah sedih itu, ada juga netizen yang berniat untuk hulurkan bantuan kepada lelaki tersebut bagi ringankan beban dia.

Whatsapp Image 2021 06 30 At 12.50.43 Pm

Whatsapp Image 2021 06 30 At 12.50.33 Pm

Tak semua orang hidup senang. Selagi kita boleh tolong, kita tolong mana yang mampu.

 

Sumber: Suria Malaysia

Baca:”Satu satunya kawasan ada akses internet”- 400 Pelajar Terpaksa Daki Bukit Setinggi 5km, Cari Internet Untuk PdPR

Capture 75

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.