in

“Saya tak kuat…” – Hilang Suami 10 Bulan Lalu, Kini Dua Anak Pula Meninggal Dunia

syaz ft 2024 09 24T153610.625

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, kita digemparkan dengan berita kematian dua beradik yang sedang dalam perjalanan untuk menziarahi kubur arwah bapa mereka.

Kemalangan itu berlaku di Jalan Lebuh SPA dekat Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka kira-kira jam 6.15 petang semalam.


Artikel berkaitan: “Saya hampir ma*t” –  Shaza Bae Terlibat Kemalangan Gara-gara Pemandu Mabuk

Artikel berkaitan: Budak 10 Tahun Pandu Kereta Bawa Anak Jiran Terlibat Kemalangan, 2 Kereta Dirempuh

Ibu tunggal, Norizan Ujak melihat sendiri kemalangan yang membabitkan anak sulung serta anak bongsunya Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan Nur Afiqa Sofea Hazlin, 5 yang terlanggar sebuah tong sampah pukal roro berwarna biru ketika menunggang motosikal dan menyebabkan mereka terpelanting.

2819560

“Saya tak kuat, baru 10 bulan abah mereka pergi, ini pula saya kehilangan dua anak.

Kami dalam perjalanan nak ke Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu untuk menziarah kubur arwah suami yang meninggal dunia akibat komplikasi sakit termasuk kencing manis.

Kami rancang lepas ziarah nak makan bersama selepas itu, namun tak sangka berakhir dengan tragedi,” katanya.

Ibu tiga anak itu berkongsi dia sendiri melihat tong roro itu diletakkan betul-betul atas bahu jalan lorong kecemasan menyebabkan anak tidak sempat mengelak kerana terdapat lori di lorong kanan.

Malah, tong roro itu juga tidak diletakkan ciri-ciri keselamatan termasuk kon diletakkan terlalu hampir dengan tong terbabit.

“Malah ketika kejadian tak ada seorang pun pekerja kontraktor yang mengawal lalu lintas memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Harap pihak berkuasa supaya ambil tindakan tegas kerana kecuaian ini telah menyebabkan saya hilang dua anak sekali gus. Jangan ada orang lain lagi yang menjadi mangsa,” katanya lagi.

Kejadian yang berlaku mengakibatkan mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 7.40 malam dan 12.30 pagi Selasa ketika dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.

Al-Fatihah…

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Keluarga.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.