in

“Saya tak beri alasan pun” – Pandelela Kecewa Dengan Laporan Media Isu ‘Entiti’

pandelela

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media melaporkan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mendakwa ada gangguan ‘entiti’ susulan gagal merekodkan keputusan cemerlang pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha baru-baru ini, sekali gus terlepas peluang ke Paris 2024.

Kenyataan Pandelela itu kemudian dibidas oleh Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low yang menyifatkan Pandelela hanya beri alasan untuk menutup kegagalannya.


Artikel berkaitan: “Manusia bila gagal bagi alasan” – Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia Tegur Pandalela Rinong

Artikel berkaitan: Tular Isu Lawak Lucah, Pandalela Rinong Turut Kongsi Pengalaman Pahit Bersama Bekas Jurulatih


Bagaimanapun, Pandelela tampil bersuara menerusi hantaran di Insta Story semalam, menjelaskan bahawa dia tidak pernah memberikan alasan dan kecewa dengan artikel yang dikeluarkan.

“Yang cakap pasal entiti/ tangan ghaib ini bukan saya yang ajukan, tapi wartawan yang tanyakan soalan tersebut. Saya cakap tak adalah!

“Sejujurnya, saya sangat kecewa kerana saya tidak memberi alasan pun atas kekalahan ini, tapi dah media tanya, saya terpaksa jawab namun tidak beri penjelasan terperinci.

“Saya belum lagi berjumpa persatuan untuk berbincang tentang masalah yang dihadapi dan saya sangat sedih artikel ini dikeluarkan dahulu,” katanya.

IMG 9126IMG 9127 1IMG 9128

Tambahnya, dia ada mengatakan sesuatu berlaku kepada pasukan yang memberi kesan besar kepada penerjun senior dan junior dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Jelasnya, dia tidak memberikan penjelasan terperinci lagi kerana mahu pihak yang berkaitan mengetahuinya terlebih dahulu.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.