in

“Saya tak ambil alkohol” – Dakwa Terlalu Teruja Dapat Piala, CEO Petronas Mohon Maaf Sertai Semburan Arak

ft petronas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik memohon maaf atas tindakannya pada Grand Prix (GP) F1 Singapura sehingga tular baru-baru ini.

Ia susulan dengan tindakannya yang melakukan aktiviti semburan arak (champagne shower) di atas podium acara tersebut pada 5 Oktober lalu. Dalam satu kenyataan yang dibuat, tindakannya itu dibuat kerana keterujaan secara spontan ketika meraikan kemenangan pasukan Mercedes-AMG PETRONAS telah mencetuskan kekeliruan serta menyinggung perasaan sesetengah pihak.


Artikel berkaitan : Separuh Sukarelawan GSF Malaysia Dibicarakan Tanpa Peguam –  Menteri Luar

Artikel berkaitan : “Pilih hidup jauh dari masyarakat” – Kenali 5 Orang Yang Memilih Untuk Bertapa Dalam Hutan Selama Puluhan Tahun

“Saya menyedari bahawa keterujaan spontan saya semasa meraikan kemenangan pasukan mungkin tidak bersesuaian dengan tempatnya.”

Di samping itu, beliau turut menegaskan bahawa sebagai seseorang yang beragama Islam, beliau tidak mengambil sebarang alkohol.

“Ingin saya jelaskan bahawa saya tidak mengambil sebarang minuman keras, namun sebagai seorang Muslim, saya akur bahawa saya seharusnya tidak terlibat dalam sebarang bentuk sambutan sedemikian.”

“Oleh itu, saya ingin memohon maaf atas perbuatan saya yang secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan dan saya mengambil sepenuh tanggungjawab di atas segala tindakan saya.”

Dalam pada itu, Tengku Muhammad Taufik turut memberikan penghargaan di atas kepercayaan serta sokongan yang berterusan terhadap pasukan Mercedes-AMG PETRONAS, sambil menegaskan komitmen PETRONAS dalam memacu inovasi bahan api mampan yang membanggakan negara di persada dunia.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila Tengku Muhammad Taufik dilihat meraikan kemenangan pelumba, George Russel dengan ‘champagne shower’ pada GP Singapura, Ahad lalu.

Ia selepas beliau diberi penghormatan untuk menerima trofi kemenangan konstruktor bagi pihak pasukan sebagai tanda kejayaan yang telah lama dinanti dalam musim perlumbaan F1 tahun ini.

Sumber : Petronas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.