in

“Saya sudah panik…” – Graduan Hampir Tak Dapat Ambil ‘Skrol’, Nasib Baik Penunggang Motosikal Tolong!

Untitled Design 2022 05 25T152820.299

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia ini kalau korang buat perkara yang baik, walaupun kecil mesti akan ada kebaikan yang jadi. Kalau bukan pada korang, mungkin pada orang lain.

Itulah yang terjadi kepada seorang graduan ijazah sarjana daripada Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini apabila dia hampir tidak dapat ke majlis konvokesyennya kerana tersekat dalam kesesakkan trafik yang luar biasa.


“Saya memang sudah panik sebab jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi, namun saya bersama kedua ibu bapa masih tersekat dalam kesesakan luar biasa di Jambatan Pulau Pinang.

Saya nekad turun bersama jubah konvokesyen dan cuba nasib tahan penunggang motosikal yang sudi tumpangkan saya untuk ke Upacara Konvokesyen USM,” katanya.

Gambar Kevin a/l Rayappan yang dilihat sedang memegang jubah konvokesyen USM di atas Jambatan Pulau Pinang viral di media sosial semalam, difahamkan dia sedang mencuba nasib menahan penunggang-penunggang motosikal yang sedang menghala masuk ke pulau.

https://www.facebook.com/USMOfficial1969/photos/a.648357875225249/5241552569239067

Menurut Kevin, beliau dan kedua ibu bapanya keluar dari kediaman mereka di Seberang Jaya pada jam 6.30 pagi namun tidak menyangka kesesakan teruk ekoran kemalangan maut yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang.

“Mula-mula saya harapkan kesesakan tidak berpanjangan tetapi setelah melepasi jam 9.00 pagi kenderaan masih tidak bergerak, saya nekad turun dan mencari alternatif kerana impian saya cuma ingin naik ke pentas terima skrol hari ini,” ujarnya.

Usahanya membuahkan hasil apabila ada insan yang baik hati sudi membantu, bagaimanapun kerana keadaannya yang tergesa-gesa dia tidak sempat berbual panjang dengan penunggang motosikal itu dan mengucapkan terima kasih.

“Tanpa bantuan beliau, saya mungkin tak sempat merasa naik ke pentas pada hari ini,” ujar Kevin.

Wah, tahniah Kevin! Terima kasih juga kepada penunggang motosikal tu!

Sumber: Facebook USM

Baca: Topi Terjatuh, Mask Tercabut Sebelum Ambil Skrol Konvo, Graduan Diberi Peluang Kedua Terima Semula Ijazah

Untitled Design 2022 05 25T152635.728

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.