in

“Saya sendiri tak tahu dia datang” – DSV Kesal Bila Arwah Anak Dihina Oleh Azwan Ali Sebab Kononnya Dia Tak Bayar Upah Mengacara

Featured Image Dsv Vs Dvaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut je nama pengacara dan selebriti terkenal iaitu Azwan Ali, mesti ramai yang sudah tidak asing lagi dengan sikapnya yang lantang bersuara terutama di media sosial.

Bagi sesiapa sahaja yang membuat onar kepadanya, pasti dia akan serang habis-habisan individu tersebut sehingga mampu berlakunya pergaduhan.


Djokwla
Sumber: twitter

Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai Azwan Ali yang mengamuk kerana dikatakan tidak menerima bayaran selepas menjadi pengacara dalam program pesta makanan anjuran usahawan kosmetik terkenal iaitu Dato’ Sri Vida (DSV).

Dva
Sumber: twitter

Bukan itu sahaja, Azwan Ali turut dikatakan menghina kedua-dua arwah anak DSV yang sudah meninggal akibat kebakaran dengan membakar dua botol minyak wangi serta selendang pemberian DSV sendiri.

Sebelum ini, DSV ada menjemput Azwan untuk menjadi pengacara dan memeriahkan karnival makanannya yang berlangsung di Shah Alam.

Namun begitu, Azwan tidak di undang secara khas untuk menjadi pengacara bagi karnival yang sama namun berlainan tempat iaitu di Johor Bahru (JB).

Konflik antara mereka ini bermula apabila Azwan mendakwa bahawa DSV langsung tidak membayarnya walaupun sesen ketika dia beraksi di JB.

https://www.instagram.com/p/B7vo-_9lIx3/?utm_source=ig_web_copy_link

Jadi, disebabkan itu, dia mula mengamuk kerana seperti usaha dia datang bagi memeriahkan karnival itu tidak dihargai oleh pihak penganjur.

Saya sedih bila dia cakap macam tu

Namun begitu, DSV sendiri ada memuat naik video di laman Instagram meluahkan perasaan dia selepas dihentam teruk oleh Azwan Ali.

https://www.instagram.com/tv/B8Ayx00g08V/?utm_source=ig_web_copy_link

“Melibatkan anak-anak yang dah takda buatkan saya tak boleh nak tidur.

“Kalau orang yang masih hidup kau boleh minta maaf, tapi kalau yang dah takda ni macam mana?

“Kenapa kaitkan dengan status saya kahwin cerai? Kau bukan sesiapa nak hukum orang macam tu. Saya nak tidur pun terbayang-bayang bila dia cakap macam tu.

“Mana-mana artis yang berniaga dia CikB Vaganza Foodfest, dan mahu naik ke atas pentas bagi mempromosikan produk mereka, memang saya alu-alukan. Jadi saya memang tak sangka pula bila dia minta bayaran!” Katanya.

Vida1
Sumber: instagram

Bukan itu sahaja, DSV turut memuat naik video di laman Instagram miliknya bagi menjelaskan situasi sebenar isu bayaran yang di persoalkan oleh Azwan Ali. Dalam video itu juga dia ada menjemput event manager bagi Vaganza Foodfest bagi sama-sama menjelaskan perkara sebenar.

https://www.instagram.com/tv/B8EeE9sAbYf/?utm_source=ig_web_copy_link

“Ini melibatkan dengan orang yang dah tiada, mana boleh senyap Dato? Dia memang tak berhati perut!

“Pa dia wasap saya nak berniaga, jadi disebabkan kita kenal dia walaupun masa dia contact tu kita dah tutup tapi kita ambil juga.

“Kita bagi boost antara termahal untuk dia sahaja RM2500, premium gold.

“Saya harap dia akan okay lah kan. Rupa-rupanya dia cuma berniaga satu hari sahaja, masa hari set up sahaja.

“Hari seterusnya tak datang. 2 meja tambahan RM60 tu pun tak bayar lagi sampai sekarang.

“Kau datang pun tidak di jemput! Bila melibatkan pasal payment memang saya sakit hati! Ingat senang ke nak dapat duit? Kau datang sendiri tergedik-gedik tak dijemput.

“Kalau cakap sendiri dengan kita nak bayaran, kita boleh je bagi. Tapi bila kita nak bagi dia tak mahu pula!

“Saya sebagai event manager pun tak tahu yang dia nak datang, tapi bila dah sampai takkan kita nak halau pula kan?” Dyla.

Semoga kemelut yang berlaku antara dua pihak ini segera selesai.

 

Baca: “Cik b minum darah kambing hitam” – Dato’ Seri Vida Sedih Netizen Kritik Cik B, Cakap Kulit Hitam & Tak Pandai Berfesyen

Dfghj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.