Ketika ditanya oleh wartawan tentang keputusannya memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 2 Oktober lepas, suami pelakon Nadia Brian menjawab,
Saya sendiri nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya.”
Dayus kalau tak ceraikan
Menurut Harian Metro, Muizz berkata dia akan dianggap seorang lelaki yang dayus sekiranya hanya berdiam diri dan tidak menceraikan isterinya itu.
“Sepatutnya tarikh pembicaraan ditetapkan pada 3 November lalu, namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kes sebutan dan bicara ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan ditetapkan kelak.”
“Saya nekad dengan keputusan ini kerana kecurangan yang dilakukan isteri, amat sukar untuk saya maafkan. Jika saya tak ceraikan dia, saya menjadi suami yang dayus. Moga Allah lembutkan hati saya untuk maafkan perbuatannya.”
Ada bukti Nadia dan lelaki itu menginap selama 2 malam
Kata Muizz lagi, pada 6 Oktober lepas juga laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan Balai Polis Cyberjaya.
Bukan itu saja, katanya dia mempunyai bukti bahawa Nadia dan lelaki berkenaan menginap di lokasi yang dinyatakan selama dua malam.
Ramai yang tanyakan mengenai bukti-bukti yang ada pada saya. Ikutkan hati, saya memang nak tunjuk. Namun, oleh kerana kes ini masih dalam siasatan polis, saya serahkan kepada mereka. Ada juga bukti dan keterangan lain daripada pihak saya untuk membuktikan mereka berdua menginap di situ selama dua malam.”
https://www.instagram.com/p/CHIfNZ-DrTr/
Sekiranya siasatan selesai, apa yang dilakukan lelaki ini adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dituduh di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.”
“Sudah sudahlah berlagak macam mangsa di media sosial”
Menurut Muizz lagi, dia tidak faham mengapa Nadia mendakwa dia memfitnah sedangkan pelakon itu sendiri sudah mengaku kesilapannya.
Saya tak faham ‘fitnah’ apa yang dikatakan oleh isteri saya. Kenapa saya nak fitnah isteri sendiri? Kami baru berkahwin tak sampai setahun. Apa yang saya peroleh dari semua ini? Saya ada bukti yang secukupnya. Apa yang paling penting saya nampak dengan mata kepala saya sendiri.”
Saya sudah menunjukkan bukti-bukti yang saya ada kepada isteri dan keluarganya. Isteri saya pun mengaku kesilapannya kepada saya. Adakah itu masih fitnah? Kenapa tidak nafikan kenyataan saya? Sudah sudahlah berlagak sebagai mangsa di media sosial untuk menunjukan yang saya ini jahat. Kenapa masih menegakkan benang basah?”
https://www.instagram.com/p/CDdKVy_pjBc/
Saya tidak berhasrat untuk mengaibkan isteri tetapi saya harus bersihkan nama dan maruah saya dan keluarga. Saya juga harap ini dapat dijadikan satu pengajaran kepada mereka yang dicurangi kerana ada undang-undang yang boleh membantu kita. Saya ingin episod ini berakhir secepat mungkin supaya saya boleh meneruskan kehidupan. Kebenaran itu pasti. Insya-Allah.”
Muizz dan Nadia bernikah pada 9 November tahun lepas dan ketika ditemu bual oleh program Melodi, pelakon itu mengesahkan suaminya sudah memfailkan penceraian di mahkamah.
Baca: “Saya gembira akhirnya bercerai” – Nelissa dan Ammar Alfian Bercerai Secara Tebus Talak