Pengasas Pertubuhan Unit Amal Van Jenazah Muafakat Daerah Batu Pahat, Kapten Wahyu Hidayat Hamdan, berkongsi detik akhir seorang pelajar perempuan yang meninggal dunia selepas digilis treler semalam.
Dalam kemalangan di Jalan Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor itu difahamkan Kapten Wahyu antara individu terawal tiba di lokasi dimaklumkan, insiden itu membabitkan treler dan motosikal.
Artikel berkaitan: Wanita Ma*t Dalam Kemalangan, Suami & Anak Meraung Lihat Jasad Ibu Dig*lis Treler
Artikel berkaitan: Kes Treler Terbabas Di Kluang: Tayar Pecah Punca Kemalangan, Pemandu Ditahan
“Saya sempat mengajar remaja perempuan berkenaan mengucap dua kalimah syahadah sebanyak tiga kali ketika dia berada di bawah treler.
Tidak lama kemudian, nafasnya secara perlahan-lahan terhenti sebelum dia terus tidak lagi bergerak,” katanya.
Nurul Maisarah Mahathir, 16, yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra, Tongkang Pechah, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.
“Sebaik tiba, pemandu treler beritahu, dia tidak perasan ada motosikal di tepinya. Kemudian saya tanya, mangsa di mana dan pemandu treler menunjuk ke arah bawah treler.
Dia beritahu mangsa pada ketika itu masih bernyawa lalu saya terus masuk ke bawah treler dan ajar dia mengucap. Mangsa ketika itu dalam keadaan nazak.
Bila mengucap kali ketiga, mangsa seolah-olah mengeluarkan hembusan sebelum tidak memberi maklum balas,” katanya lagi.
Bapa mangsa, Mahathir Sairi, berkata, kemalangan tersebut menyebabkan dia kehilangan anak perempuan tunggal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kemalangan berlaku ketika treler terbabit mahu membelok ke kanan.
Sumber: Harian Metro