Beberapa hari lepas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa masih belum tiba masa untuk kerajaan menaikkan gaji penjawat awam dalam negara. Katanya ianya kerana faktor kekangan kewangan yang dialami sekarang.
Berita ni nampaknya bukan satu khabar gembira buat bekas Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak, lapor Malaysiakini. Najib juga menyatakan yang isu gaji penjawat awam ni lah menyebabkan Tun M kurang senang dengannya.
“Saya sedih dengan pengumuman Tun M bahawa kerajaan tidak akan naikkan gaji penjawat awam dan menguatkuasa gaji minima pada masa terdekat. Katanya tak mampu kerana kerajaan ni majikan terbesar dan menaikkan gaji minima akan beri impak pada kos operasi kerajaan.”
“Isu gaji penjawat awam yang dikaitkan dengan gaji minima adalah salah satu polisi utama yang menyebabkan Mahathir kurang senang dengan saya.”
Bekas Presiden UMNO itu turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan manifesto Barisan Nasional yang dijanjikan pada PRU ke-14 baru-baru ini.
“Menaikkan gaji penjawat awam merupakan salah satu dari janji di bawah manifesto BN PRU14 dengan kajian gaji dijanjikan pada bulan Julai. Ini tidak lagi menjadi.”
“Penjawat awam yang paling terkesan bukan hanya kerana gaji masih tidak dinaikkan, tetapi dari segi pencen jangka hayat yang lebih rendah apabila mereka bersara.”
Najib juga ada menyentuh isu GST yang katanya lebih banyak mengutip wang orang kaya berbanding wang orang miskin sebab terdapat banyak pengecualian. Jika GST dihapuskan, Najib mendakwa bahawa orang kaya dan ahli perniagaan boleh mengelak cukai sekali dan akan beroleh kelebihan utama.
“Di bawah GST, ahli perniagaaan kaya dan ekonomi gelap tidak lagi dapat mengelak dan melarikan diri dari cukai atau terlibat dalam pengeluaran kapital dari Malaysia secara haram seperti yang mereka lakukan di bawah SST.”
Mengakiri kata-katanya, Najib berharap ‘Malaysia Baharu’ yang wujud pada hari ini bukan hanya untuk yang kaya dan golongan peniaga sahaja.
Janganlah sedih-sedih, sama-samalah kita doakan ekonomi negara akan semakin baik okay?
Baca: Najib Beban Kepada UMNO