in

“Saya sediakan tempat tinggal, makan minum” – Fazura Dedah Sikap Fattah Sepanjang Jadi Suami Isteri

Ft Fazura Dedah Fattah0Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehubungan dengan isu perceraian Fazura dan Fattah Amin pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, maka terjawablah segala spekulasi berkenaan punca Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah Amin.

Menurut Fazura, pengabaian nafkah, curang dan tiada persefahaman menjadi punca pasangan pelakon ini bercerai.


Artikel berkaitan : “Fatima sepanjang 4 tahun tak pernah merasa duit raya” – Fazura

Artikel berkaitan : Fattah Didakwa Curang, Fazura Dedah 3 Sebab Punca Bercerai Dengan Suami

Jelas Fazura, dia hilang rasa bahagia dan emosi serta mentalnya terganggu sudah sekian lama.

“Sebab ramai pula bertanya dan buat spekulasi, punca perceraian pertama adalah Fattah sudah abaikan nafkah untuk saya dan Fatima selepas sekian lama.”

“Kedua, kami sudah tidak sefahaman lagi. Saya dah lama tak bahagia, emosi saya terganggu, mental saya tertekan. Tapi, saya tetap bertahan dan telan apa saja walaupun pelbagai tohmahan, fitnah dan cacian dilemparkan kepada saya. Saya harapkan seorang suami akan ke depan untuk mempertahankan saya, tapi langsung tak ada.”

“Ketiga, yang saya rasa memang saya tak boleh terima lagi adalah memang Fattah berlaku curang terhadap saya. Ya, saya ada bukti. Saya rasa tak perlu dedahkan (sejak berapa tahun).”

Screenshot 2024 10 07 125608

Malah, Fazura juga mengatakan bahawa dia telah berkorban segala-galanya untuk rumah tangga mereka, bagaimanapun ia seperti tiada makna, lebih mengecewakan dirinya lagi, Fazura mendedahkan bahawa Fattah ada bawa wanita lain menaiki kenderaan yang diberi olehnya.

“Saya dah berkorban banyak untuk keluarga. Fattah sendiri pun ada keluarkan kenyataan mengenai pengorbanan saya. Sejujurnya, hari ini saya memang nak beritahu semua orang saya dah berkorban semua untuk Fattah.”

“Saya sediakan tempat tinggal, makan minum, semua untuk dia dan Fatima. Saya juga menghadiahkan kereta Range Rover untuk dia dan keselesaan dia. Jadi, untuk orang kata saya nak bercerai sebab tak sekufu, itu tak betul.”

“Kalau saya rasa Fattah tak sekufu, saya tak bersetuju kahwin dengan dia. Jadi, dari awal semasa kami bercinta, saya terima dia dan keluarga dia seadanya sampai ke hari ini.”

Screenshot 2024 10 07 125659

Fazura berkata, dia sangat kecewa dan keputusan yang diambilnya ini adalah untuk maruahnya. Sebelum ini, lafaz talak itu dilakukan Fattah pada jam 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Mereka sebelum ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.