Baru-baru tular satu video di Tiktok ada seorang gadis ini dia bercerita mengenai pengalaman dia jadi pelajar teater dan dia dakwa dia tahu banyak ‘tea’ tentang industri seni negara. Uuu nak spill the tea ke tu sis?
Dalam video tersebut, dia ada beritahu yang pensyarah dia ada cerita mengenai satu artis wanita yang terkenal dengan lagu Peluang Kedua iaitu Nabila Razali. Pensyarah dia bagitahu yang Nabila Razali ambil masa setahun untuk praktis satu lagu sahaja dan dia masih tak dapat nak perbaiki nyanyiannya.
Siap bandingkan dengan artis veteran
Bukan setakat ‘spill the tea’, gadis itu siap bandingkan lagi Nabila Razali dengan artis legenda iaitu Saloma yang merupakan isteri P. Ramlee. Gadis tersebut bandingkan yang dulu Saloma cuma ambil masa satu hari sahaja untuk praktis satu lagu dan terus boleh perform atas pentas.
Gadis itu nak cakap yang industri sekarang lebih memilih populariti berbanding kualiti,siap offer nak tunjuk video Saloma praktis lagu dalam masa sehari sahaja. Macam-macam ye komen dia uolss.
Setiap orang lain-lain cara belajar
Video tersebut viral di Twitter sampai Nabila Razali sendiri sudah tengok video itu dan siap komen dekat video gadis tersebut. Aiyok, habislah.
“Saya sedar kesilapan saya. Sesetengah orang ambil masa yang lama untuk belajar.”
Hmm. I do realised my weaknesses & my flaws, Some people take a longer time to learn something. We are born differently. Embrace your strength & weakness. But don’t put down others just because you are better than them.Most importantly, TRUST THE PROCESS &have faith. InshaAllah. https://t.co/mcXy1GvEO9
— Nabila Razali (@_nabilarazali) April 28, 2021
“Percaya pada proses dan berserah pada Tuhan.”
Nabila sedar yang setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing dan tidak perlu untuk menjatuhkan orang lain hanya untuk tunjuk mereka lebih bagus daripada orang lain. Saya setuju dengan statement Nabila Razali!
Netizen sokong Nabila
Kalau korang tengok di ruangan komen di tweet Nabila Razali itu, ramai netizen yang beri kata-kata semangat kepadanya untuk terus kuat menghadapi cabaran sebagai penggiat seni dalam industri hiburan negara.
Setiap orang ada cara yang berbeza untuk belajar kan. Yang penting, kena terus berusaha. Hwaiting!
Sumber: _nabilarazali