Pengguna jalan raya sentiasa diingatkan untuk memandu kenderaan dengan berhati-hati, bak kata orang biar lambat asalkan selamat kan.
Itulah pendekatan yang diambil oleh seorang wanita hamil ini apabila dia menampal nota di belakang bajunya bahawa dia sedang mengandung, jadi akan tunggang motosikalnya secara perlahan.
Video wanita berkenaan sedang menunggang motosikal itu telah dirakam oleh pengguna jalan raya lain dan dimuat naik ke TikTok menerusi akaun azharkamal2010 baru-baru ini.
@azharkamal2010 Semangat ya Bu. Semoga apa yang Ibu kerjakan menjadi barokah keluarga, sehat selalu buat Ibu dan semoga bayi yang di kandungan kelak menjadi anak sholen & sholehah.
Dalam video yang berdurasi 16 saat itu, wanita berkenaan dilihat menampal kertas nota yang tertulis ‘Mohon Maaf Jika Pelan (Perlahan) Saya Sedang Hamil’.
Ini untuk memberitahu pemandu di belakangnya agar bersabar jika perlahan.
Video itu telah mencetuskan pelbagai reaksi positif daripada netizen di mana kebanyakannya memuji kekuatan wanita hamil itu yang dipercayai keluar untuk mencari rezeki walaupun sedang mengandung.
Ada juga yang berpendapat nota itu mungkin dibuat oleh si suami agar keselamatan isterinya terjaga di jalan.
Tak kurang juga yang berdoa agar wanita itu dilindungi oleh Allah S.W.T ketika dalam perjalanan.
Sumber: TikTok @azharkamal2010
Baca: Harga Minyak Naik, ‘Koboi’ Thailand Ini Tunggang Kuda Ke Tempat Kerja