in

“Saya sangat tertarik dengan cara arwah Suhaimi ‘homeschool’ anak-anak” – Suami Ina Naim

Syaz Ft 2024 11 08T161752.908

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini selebriti terkenal, Nordiana Mohd Naim atau lebih dikenali sebagai Ina Naim selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya, Mohd Khairul Rizal Shukor.

Ina yang merupakan seorang ibu tunggal selepas pemergian suaminya, Allahyarham Suhaimi Saad tidak menyangka hubungan yang bermula hanya sebagai peminat kepada Suhaimi dan dirinya, berubah apabila mereka selamat menjadi suami isteri.


Artikel berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Sah Bernikah Dengan Mohd Khairul Rizal, Terima Wang Hantaran RM7,000

Artikel berkaitan:Ina Naim Bakal Bernikah Dengan ‘Mohd K’? Isman Hijjaz Luah Rasa Lega 

Menerusi laporan Harian Metro, difahamkan Ina mengambil masa sehingga dua bulan untuk membuat keputusan untuk berkahwin semula termasuk ‘membeli jiwa’ empat anaknya.

2879592

 

“Permulaan itu memang lama sikit nak terima sebab masih awal lagi (pemergian Suhaimi), tetapi Allah sudah takdirkan semuanya.

Saya buat solat Istikharah dan mungkin dia (suami) dari pilihan hati saya, saya terima seadanya. Anak-anak pun memang awal tu tidak boleh terima, mereka tak nak lagi ada ganti ayah mereka.

Saya terangkan yang mereka perlu belajar, perlu ada ketua, Alhamdulillah sebulan hingga dua bulan juga mereka hendak terima,” katanya.

Dalam pada itu, suaminya yang merupakan seorang jurutera itu, berkongsi dia mengenali Ina melalui media sosial dan mula menghubungi isterinya itu pada Mei lalu.

“Mula-mula saya banyak buat ‘profiling’ mengenai anak-anak mereka. Saya berminat melihat arwah dan Ina buat ‘homeschooling’ pada anak-anak mereka dan saya ada buat kertas kerja macam mana hendak sambung pembelajaran untuk anak-anaknya dan Ina sangat berminat.

Alhamdulillah, bermula dari situ dan kini kami bergelar suami isteri,” katanya.

Sebagai info, Ina sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal hanya dengan sekali lafaz, jam 9.50 pagi tadi di kampung halamannya di Felcra Sungai Ara.

Pasangan itu dinikahkan Naib Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohamad Ramadhan Mahroji yang mewakili wali bapa Ina, Mohd Naim Samijan.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.