Pelakon Datin Maria Farida, 56, menegaskan dia tidak ambil pusing dengan kritikan netizen yang kurang selesa terhadap imejnya yang disifatkan masih seksi meskipun sudah berusia.
Menurut Maria, setiap penampilannya mendapat keizinan suami tercinta, Datuk Seri Rahman Shakur, dan apa yang dilakukan adalah demi kepuasan diri sendiri, bukannya untuk memenuhi kehendak orang lain.
Artikel berkaitan: “Vampire betul” – Netizen Terpukau Tengok Maria Farida Tak Dimamah Usia Dalam Video Throwback Birthday Anak
Artikel berkaitan: “Biasalah, mereka sekadar menyakat je” – Zul Ariffin Respon Isu Foto Seksi
“Memang macam-macam netizen hentam. Tapi bagi saya, apa yang buat saya gembira, saya akan buat sebab saya berpakaian untuk diri sendiri bukan untuk orang.
Suami pun okey. Asalkan dia okey, saya pun okey. Saya tak pakai untuk memuaskan hati orang lain. Jadi lagi orang hentam, lagi orang kutuk, lagi saya buat.
Saya rasa saya tak seksi pun, macam biasa saja. Tapi semua orang ada pendapat masing-masing. Janji saya gembira, tak kacau dan tak aniaya orang,” katanya.
Dalam pada itu, Maria mengakui dia sering berdepan kesukaran menjawab soalan berkaitan tip kecantikan kerana tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang sering disangka ramai.
View this post on Instagram
“Saya bukan pergi bersenam, berjoging atau makan secara sihat. Sebenarnya tak. Saya buat semua yang bertentangan. Saya suka makan coklat dan ambil makanan tidak sihat. Bersenam pun tidak.
Selalu juga kena marah dengan anak-anak yang suruh saya pergi berjalan atau joging. Tapi tidak, saya lebih rela layan diri tengok Netflix atau pergi tengok wayang. Itu senaman saya,” katanya.
Maria turut berkongsi mengenai rutin penjagaan wajahnya dan menafikan dakwaan melakukan suntikan wajah demi mengekalkan penampilan muda.
“Saya hanya buat facial tapi itu pun yang biasa, bukan suntik sana sini sebab itu (suntikan) semua sakit. Terlalu sakit, saya tak boleh terima. Lagipun bila buat, jadi tak cantik dan pelik, malah buat kita nampak lagi tua.
Bagi saya, ‘aging gracefully’ (menua secara natural) lebih baik daripada cucuk muka sampai jadi lain. Lebih baik kita hargai apa Allah dah bagi. Lagipun sekarang penapis foto (filter) dan mekap ada, semua boleh guna,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, kelebihan memiliki wajah awet muda banyak dipengaruhi faktor genetik dalam keluarganya.
Sumber: Harian Metro
