Viral di media sosial berhubung dengan kenyataan daripada Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan apabila beliau menyifatkan golongan berpendidikan tinggi lebih dapat memahami keperluan mengadakan pilihan raya umum (PRU) secepat mungkin.
Dalam kenyataan tersebut, Ahmad Maslan menjadikan seorang individu bekerja pemarut kelapa yang pernah ditemubual oleh stesen berita baru-baru ini sebagai rujukan utamanya untuk menepis pendapat yang mengatakan bahawa Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) tidak patut dijalankan.
Harap dia sekolah tinggilah.
Katanya dalam satu sidang yang disiarkan dalam Facebook Umno Online baru-baru ini, negara ini memerlukan PRU kerana kerajaan yang ada sekarang merupakan kerajaan yang paling tipis majoritinya di dunia.
“Budak muda tu saya tak tahu lah dia mendaftar mengundi atau tidak tapi dia kata kita tak boleh PRU ni sebab Covid. Ya lah dia parut kelapa disuruh interview dia cakap begitu lah, kita perlu PRU kerana kerajaan ini merupakan kerajaan majoriti paling tipis dalam dunia.”
Secara keseluruhan di Dewan Rakyat ada 222 kerusi dan untuk mana-mana pihak menjadi kerajaan ia memerlukan sokongan majoriti iaitu paling kurang “111 campur satu”.
Dalam video itu, Prof Madya Dr Baharuddin Aziz dari Center for Leadership and Professional Development dan Adun Slim, Mohd Zaidi Aziz turut menjadi panel selain Ahmad Maslan, lapor Malaysiakini.
“Rasanya yang memarut kelapa tadi tu, dia tidak perasan… yang ditemu bual sebagai suara akar umbi (rakyat) itu tidak tahulah, harap dia sekolah tinggilah.”
Ahmad Maslan juga membandingkan pemarut kelapa itu dengan panel-panel bersamanya.
“Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD (ijazah kedoktoran), saya rasa tentu dia boleh mengulas dengan lebih tepat.”
Umno sec-gen Ahmad Maslan has defended the party's proposal for GE15 to be held by Q1.
He also implied that only highly educated people or PhD holders will understand the need, citing a coconut grater interviewed on TV who believed an election shouldn't be held due to Covid-19. pic.twitter.com/O01J7BtqJA
— BFM News (@NewsBFM) January 9, 2021
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata situasi semasa Covid-19 di negara ini berada pada tahap genting dan mencadangkan agar perintah kawalan pergerakan lebih bersasar dilaksanakan.
Baca : [TERKINI] Barisan Nasional Pecat Annuar Musa Sebagai Setiausaha Agung & Ganti Dengan Ahmad Maslan?