Baru-baru ini, tular video di media sosial menunjukkan pergaduhan yang berlaku di Bangsar pada malam Jumaat lepas hingga menyebabkan seorang lelaki berusia 28 tahun maut dan rakannya cedera parah.
Video tular tersebut menunjukkan, ada inspektor polis di tempat kejadian yang melihat pergaduhan tersebut berlaku.
Dalam video itu, lelaki yang merakam pergaduhan itu telah menyebut nama inspektor polis yang berada di situ namun inspektor polis yang memakai baju biasa berwarna hitam mengatakan yang dia sendiri tak tahu apa yang berlaku.
Ekoran dari kejadian ini, pihak polis Brickfields telah dimaklumkan mengenai pergaduhan yang berlaku di lorong belakang Jalan Telawi oleh dua orang awam pada jam 1 pagi.
Menurut FMT, keluarga mangsa yang maut akibat kejadian tersebut telah meluahkan rasa kecewa dengan tindakan inspektor tersebut yang hanya berdiri dan tak buat apa-apa.
Dikatakan juga, polis Brickfields akan turut mengambil kenyataan dari inspektor polis tersebut yang merupakan pegawai di Kuala Selangor.
Pihak polis juga telah mengambil telefon bimbit milik rakan inspektor tersebut yang digunakan untuk merakam insiden tersebut.
Kalau korang nak tahu, di bawah Akta Polis, mana-mana pegawai polis perlu menghalang jenayah tak kira masa walaupun ketika itu mereka bukan sedang bertugas.
Tak cukup dengan itu, sekiranya situasi tersebut di luar kawalan seseorang pegawai polis, mereka perlu memberitahu balai yang terdekat untuk mendapatkan bantuan.
Dalam insiden ini, lelaki yang maut itu telah dikelar beberapa kali menggunakan pisau dan ditikam menggunakan botol arak manakala rakannya mengalami cedera parah di muka.
Difahamkan, seramai lima lelaki telah menyerang dua mangsa ni di luar pub tempat mereka minum bersama kawan-kawan dan pihak polis percaya, motif pergaduhan adalah berpunca dari pergaduhan lama antara si mati dan suspek.
Baca: Bergaduh Gara-gara ‘Koyak’ Main Futsal, YouTuber Bawa Geng Pukul Seorang Lelaki?