in

“Saya pun manusia juga” – Qasrina Karim Terkilan Diri Jadi Bahan ‘Body Shaming’

Ft Qasrina Karim Jadi Mangsa Body Shamming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah masuk tahun 2023, bahkan di bulan Ramadan, masih ada lagi orang kita yang terlalu suka body

shamming orang. Biasanya figura awam seperti selebriti yang sering menjadi ancaman golongan ‘kuno’ ini.


Baru-baru ini, seorang pelakon, Qasrina Karim telah menjadi mangsa buli siber apabila ada videonya ditemu ramah telah menjadi bahan ejekan buat netizen yang dikatakan tidak sensitif ini.

 

Back up netizen yang body shamming

Difahamkan ia satu temu ramah oleh wartawan berkenaan dengan desas desus yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan pelakon Mierul Aiman, bagaimanapun di ruangan komen, terdapat beberapa individu yang menjadikan fizikalnya sebagai bahan untuk dipersendakan.

Screenshot 2023 04 17 170848

Screenshot 2023 04 17 170823

Perkara ini menjadi perhatian apabila ada seorang pengguna Twitter kongsikan gambar tersebut dengan menyatakan bahawa ia adalah salah jurukamera dan mempertahankan netizen yang mengeluarkan kata-kata tidak bermoral itu.

“Cameraman punya angle pun. Salah cameraman ni. Bukan salah netizen.”

 

Saya manusia juga – Qasrina

Tweet tersebut mendapat sambutan hangat sehingga meraih lebih daripada 2,000 jumlah perkongsian dalam masa sehari dan ia telah membuatkan Qasrina sendiri terpanggil untuk memberi respon terhadap kenyataan tersebut.

Qas 2 1

Kenyataan ringkas daripada Qasrina ini telah mendapat sokongan moral daripada warganet yang begitu prihatin dengan nasib yang dia alami.

Bahkan, kakak kepada Qasrina sendiri telah tampil dan meluahkan rasa marah dan mempersoalkan netizen yang sengaja lampirkan gambar ini bersertakan kata-kata yang seolah-olah menjadikannya ia satu bahan lawak.

Qas 3

“Lelaki ni tangkap layar video adik saya tengah interview di sosial media dan guna sudut yang menampakkan lagi dahi adik saya, dia juga letakkan gambar komen-komen jelik yang jadikan penampilan dia sebagai bahan lawak. Saya tak tahu motif lelaki ni kongsikan untaian ni.”

Qas 5

Malah kakak kepada Qasrina juga turut memberikan teguran pedas kepada individu yang segaja kongsikan gambar ini

Qas 4

Qas 6

Dalam pada itu, wanita ini turut mendoakan agar mana-mana individu yang suka cakap buruk pasal orang lain akan mendapat hidayah daripada Allah SWT. Malah dia juga memberikan satu pesanan sinis kepada golongan ini agar dapat pengampunan di ‘alam sana’ nanti.

Baca :  “Muka senyum, tapi hati sakit” – Tak Dapat Kerja Sebab ‘Saiz Badan’, Luahan Gadis Ini Buat Ramai Sebak

Ft Gadis Sebak Mangsa Bodyshame E1661650425484

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.