in

“Saya pun hairan RM100 macam tu” – Ibu Esha Kecewa, Denda Dikenakan Pembuli Siber Tak Setimpal

ibu esha kecewa denda rm100 pembuli siber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kepada mendiang Esha, TikToker yang ditemui meninggal dunia pada 5 Julai lalu yang dipercayai menjadi mangsa buli siber meluahkan rasa kecewa terhadap denda RM100 yang dikenakan kepada tertuduh.

Semalam, media melaporkan tertuduh yang juga seorang pempengaruh media sosial telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat bertujuan membangkitkan kemarahan.


Tertuduh Shalini Periasamy berusia 35 tahun menggunakan akaun media sosial TikTok dengan nama ‘alphaquinnsha’ didenda RM100 oleh mahkamah.

Malah, tular video tertuduh berjalan dengan penuh keyakinan sambil tersenyum apabila keluar daripada mahkamah dengan seorang lelaki dipercayai bapanya.

Artikel berkaitan: Kes Buli Siber Esha: Pembantu Rumah Mengaku Bersalah Didenda RM100

Artikel berkaitan: Kes Buli Hingga Sebabkan Kematian ‘Influencer’, Seorang Wanita Ditahan

Ahli keluarga mendiang kecewa

Susulan denda yang dikenakan itu, ahli keluarga mendiang merasakan keputusan itu disifatkan tidak setimpal dengan apa yang berlaku.

Screenshot 2024 07 17 110058

Bagi ibu Esha, Puspa P Rajagopal, dia merasakan hukuman denda itu amat sukar untuk diterima kerana menyifatkan anaknya seorang yang baik hati dan suka membantu.

“Saya pun hairan, RM100 macam tu… Ini kali saya kena, lain kali siapa kena? Anak siapa kena? Hanya tuhan sahaja yang tahu. Saya rasa susah hati…” ujarnya.

Difahamkan, denda yang dikenakan adalah hukuman maksimum mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.