in

Saya Pesan Pada Isteri, Anak-anak & Cucu Agar Tidak Tonton Drama ‘Keluarga Itu’- Rosyam Nor

drama keluarga itu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, drama Keluarga Itu lakonan Rosyam Nor, Umie Aida dan ramai lagi barisan pelakon lain telah mendapat tempat dalam hati peminat drama Melayu.

Drama tersebut yang ditayangkan menerusi saluran TV3 menyentuh isu sensitif di mana tentang kes haruan makan anak.


9 2

Rosyam Nor yang memegang watak Iman dalam drama Keluarga Itu telah memperkosa anak kandungnya sendiri iaitu Dhamiah yang dilakonkan oleh Puteri Balqis.

Watak Rosyam Nor dalam drama tersebut telah mencetuskan kontroversi kerana rata-rata warganet dan penonton telah mengecam watak berkenaan.

Rosyam Nor menerusi sebuah podcast Drama Sana Sini bersama Erma Fatima telah mendedahkan bahawa sebelum penggambaran drama tersebut bermula, dia telah berpesan kepada ahli keluarganya termasuklah anak-anak dan cucunya agar tidak menonton drama ‘Keluarga Itu’ apabila ia ditayangkan.

7 2

Artikel berkaitan : “Ini bukan statement, ini bualan” – Isu Rumah Pelacuran, Rosyam Nor Minta Maaf

Artikel Berkaitan: “Datuk kena buat macam ni” – Caprice Bergurau Dengan Rosyam Nor, Netizen Syak Macam Sindir Seseorang?

@dramacintakita

DRAMASANGAT WITH ROSYAM NOOR ▶️ #KeluargaItu -> Setiap Jumaat – Ahad -> 9:00 Malam Di TV3! Korang boleh strim episod baharu #KeluargaItu 24 jam lebih awal di Tonton! @umieaida9 sebagai chempaka @iamrosyam sebagai iman @fattahaminz sebagai Ansara @izaraaishahofficial sebagai Husna @amir.ahnaff sebagai Aman @muaz.zabir sebagai Anwari @morosechild sebagai Dhamiah @themelissacampbell sebagai Camelia @duerramitilda sebagai Dhini Terbitan : @rumah_karya_citra Penulis Skrip: @ermafatima Arahan : @nursharif #DramaSangat #KeluargaItu #TV3Malaysia

♬ original sound – ˢʸᵘʳᵍᵃ D R A M A K I T A – ˢʸᵘʳᵍᵃ D R A M A K I T A

Selain itu, pelakon tersebut juga mendedahkan bahawa dia sendiri juga tidak menonton drama lakonannya itu.

Rosyam Nor turut berkongsi bahawa penangan drama tersebut juga telah menyebabkan seorang penonton drama itu mengatakan dia mahu meludah Rosyam Nor kerana geram dengan watak pelakon tersebut dalam drama Keluarga Itu.

@dramasangat

‼️ 8.00 MALAM INI DI FACEBOOK DRAMA SANGAT ‼️ Korang mesti tengah benci, geram dengan watak Iman dalam #KeluargaItu kan? 🫦 Saksikan siri podcast terbaharu #DramaSanaSini x #KeluargaItu bersama Eirma Fatima di Facebook Drama Sangat! Setiap Rabu dan Sabtu, jam 8:30 malam! #DramaSanaSini

♬ original sound – dramasangat – dramasangat

Sumber: TikTok, Podcast Drama Sana Sini

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.