in

‘Saya Pernah Dirotan 15 Kali Kerana Tak Wirid Waktu Solat’ – Luah Bekas Pelajar Maahad Tahfiz

A629753201A2A69496Fff1Db4B99A653

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian yang menimpa Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi yang disyaki dipukul pembantu warden sehingga kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong telah membuka mata ramai pihak. Setelah bergelut dengan jangkitan kuman yang dialaminya, Mohamad Thaqif akhirnya tewas dan meninggal dunia petang semalam.

Mohamad Thaqifamin 270417
sumber: malay mail

Apa yang menimpa pelajar-pelajar ini jarang diketahui oleh kerana tidak ramai yang mahu berkongsi pengalaman buruk mereka semasa menuntut di pusat tahfiz. Namun menurut seorang wanita yang dikenali sebagai misstulips65, dia memilih untuk meluahkan pengalamannya di IIUM Confession kerana tidak mahu isu ini menjadi lebih parah jika ia terus dibiarkan.


Menurutnya yang pernah melalui pelbagai pengalaman selama 12 tahun di sebuah Maahad Tahfiz,

“Saya pernah dirotan 15 kali hanya kerana tidak wirid pada waktu solat sehingga sakitnya sampai seminggu tidak boleh angkat tangan dan demam.

Rotan Anak
gambar hiasan – sumber: mstar

“Pada masa itu saya baru berusia 10 tahun. Apa yang budak 10 tahun tahu pada waktu itu? Saya jadi trauma sehingga sangat benci pada waktu wirid solat sebab terasa macam kena paksa.

Malah luahnya lagi, para ustaz dan ustazah harus berhenti dari meneruskan cara didikan sebegini kerana ia membuatkan para pelajar bertambah benci untuk beramal dengan apa yang telah diajar mereka.

“Ustaz atau ustazah tidak maksum walaupun mereka hafal dan khatam Al-Quran sehingga mendapat sanad lilit serban 12 kali. Itu tidak semestinya mereka tidak lari dari buat silap dan terlepas dari godaan syaitan.”

Tahfiz1
gambar hiasan – sumber: islamic teaching

Selain itu, penulis juga ada menceritakan pengalaman yang dilalui sahabat-sahabatnya selepas keluar dari maahad tahfiz tersebut. Ada di antaranya baru mendapat tahu bahawa sebelah matanya buta oleh kerana kesan rotan yang terlalu kuat. Ada pula yang baru berusia 20 tahun tetapi sudah mengalami penyakit darah tinggi walaupun latar belakang keluarganya tidak pernah mengalami penyakit sebegitu.

“Ada kawan saya yang sudah berumur 20 tahun lebih, baru tahu yang sebelah matanya buta akibat dirotan di kepala 10 tahun yang lalu. Ada pula baru berusia 20 tahun tapi terkena penyakit darah tinggi, padahal latar belakang kesihatan keluarganya elok saja.”

“Bila fikir-fikir kembali, semasa waktu belajar, sahabat saya itu dipaksa makan garam sesudu setiap kali dia gagal sebut huruf ‘Ro’. Akhirnya dia berjaya sebut tetapi sampai sekarang menghidapi penyakit pula.”

How To Memorize Quran
gambar hiasan – sumber: what is quran?

Misstulisps65 juga sempat menegur ibu bapa supaya tidak terlalu ghairah untuk menjadikan anak mereka seorang tahfiz sehingga ia memakan diri. Menurutnya, kanak-kanak yang baru berumur tujuh tahun tidak sesuai tinggal di asrama kerana mereka belum pandai menguruskan diri sendiri sehingga ia menyusahkan pihak pengurusan dan guru-guru di situ.

“Kecil-kecil sudah dihantar ke pusat tahfiz. Anak-anak ini tidak tahu uruskan diri sendiri malah ia menyusahkan pihak pengurusan, guru dan senior sehinggakan budak itu dijadikan tempat untuk melempiaskan perasaan marah.”

“Bila sudah besar, mereka ini dipenuhi dengan dendam. Maka lahirlah ‘mat rempit’ dan ‘taikpit’. Harapan ibu bapa untuk anak menjadi hafiz sudah lain jadinya.”

9552337 How To Be A Mat Rempit 446685F4 M
gambar hiasan – sumber: notey

Baginya, tegurannya ini hanyalah untuk menyedarkan pusat tahfiz yang menggunakan teknik penderaan sebagai salah satu dari pengajaran (walaupun tidak semua) yang kebanyakannya mengambil silibus pelajaran dari India dan Pakistan. Dalam hal ini, ibu bapa haruslah proaktif dalam mengambil tahu keadaan anak mereka semasa menuntut di pusat tahfiz tersebut.

Parents jangan hantar anak ke tempat yang jauh. Ziarah mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jikalau mereka balik ke rumah, periksa badan mereka. Kadang-kadang sebelum balik cuti mereka telah diberi ‘warning’ dengan ustaz untuk jangan menunjukkan apa-apa kepada emak. Jangan bila dah teruk baru nak menyesal.”

Potongkaki
gambar hiasan – sumber: mstar

Selain itu, misstulips65 juga mencadangkan supaya persatuan tahfiz, majlis-majlis agama dan JAKIM untuk memantau tahap mental para guru yang mengajar pusat tahfiz. Baginya, orang yang beragama tidak akan tergamak untuk mencederakan sesiapa walau haiwan sekalipun, apatah lagi seorang budak.

Perkongsian di IIUM Confession ini telah meraih pelbagai komen daripada netizen yang kebanyakannya meluahkan pengalaman sendiri semasa menuntut di pusat tahfiz dan tidak kurang juga yang meminta untuk tidak memukul rata isu ini kepada semua pusat tahfiz yang ada.

Antaranya,

“Sama macam anak buah aku. Kecil-kecil dah hantar masuk tahfiz. Bila balik rumah dia diam saja. Bila ditanya apa hukuman yang selalu ustazah bagi, dia jawab kena letak dalam liang lahad malam-malam (mungkin salah dia tapi kalau kau dalam liang lahad yang gelap entah macam mana perasaannya).”

“Tak perlu tunding jari, tapi semua kena main peranan. Anak amanah ibu bapa dan didikan bermula dari rumah. Guru hanya memurnikan. Kenapa bila dah ‘rosak’ atau tak terkawal, nak hantar ke tahfiz?

Semoga pihak yang berwajib dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat masalah ini. Ilmu tidak perlu diajar dengan kekasaran kerana ia akan membawa keburukan kepada pelajar tersebut di kemudian hari. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.