Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel hari ini tiba di mahkamah, selepas ramai yang berteka-teki, kehadiran pelakon berusia 28 tahun itu seakan menegesahkan bahawa dia terbabit dengan kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya sekitar jam 8.35 pagi dengan memakai sut berwarna hitam dan ditemani ibunya, Nora Taherah.
Artikel berkaitan: “Kau tak menyesal ke?” – Naim Daniel Bersua Muka Dengan Pengugut, Sempat ‘Sekolahkan’ Selama 3 Jam
Artikel berkaitan: “Allah Maha Besar” – Naim Daniel Buat Laporan Polis Lepas Terima Ugutan Ancam Nyawa Ibu Bapa
View this post on Instagram
“Assalamualaikum, saya okay insya-Allah,” katanya menjawab pertanyaan pengamal media ketika tiba di pekarangan mahkamah hari ini.
Pun begitu, pelakon drama bersiri Projek High Council itu tidak mendedahkan tujuan sebenar dia menghadirkan diri ke mahkamah.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, arahan tuduh ke atas suspek diperolehi daripada Pejabat Pendakwaraya Selangor.
Beliau berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.
Sumber: Berita Harian