Orang lain sambut hari raya dengan pergi melawat rumah keluarga, saudara mara atau pergi open house rumah kawan tapi lain pula bagi beberapa pasangan di Indonesia ni.
Menurut Tribun, 7 pasangan berusia dalam lingkungan 40 hingga 60 tahun telah ditangkap khalwat di sebuah hotel dekat wilayah Pantai Glagah semalam. Difahamkan kesemua kebanyakannya bukan berasal dari situ dan hanya datang untuk ‘liburan’.
Dua pertubuhan polis dikatakan bergabung untuk membuat serbuan secara besar-besaran sempena bulan Syawal sebab selalunya memang akan ada tangkapan sebegini. Tapi tahun ni, 7 pasangan ditangkap sekali gus dan menurut mereka mahu menyambut hari raya dengan reunion sempena cinta lama berputik kembali.
Alasannya karena masih momentum Hari Raya, mereka menyalahgunakannya untuk ‘reuni’ karena CLBK (Cinta Lama Bersemi Kembali).”
Ketika serbuan dibuat, ada yang ditangkap berdua-duaan dan ada juga dua pasangan yang ditangkap berada di dalam bilik yang sama. Menurut pihak polis, alat kontrasepsi (perancang keluarga) turut ditemui dalam serbuan tu.
Ada enam pasang bukan suami istri yang kami amankan, bahkan di dalam satu kamar tadi juga digunakan untuk dua pasang.”
Juga ditemukan alat kontrasepsi baik yang masih utuh ataupun sudah terpakai. Temuan ini akan kami gunakan sebagai barang bukti.”
Lebih memalukan, ada beberapa orang daripada pasangan itu yang dikatakan pernah ditangkap khalwat dalam serbuan sebelum ini. Salah seorang wanita yang ditahan mengaku berasal dari Bandung dan baru dua hari berada di Jogja untuk reunion itu.
Saya kan nggak salah pak.”
Pasangan yang ditangkap itu kemudian diminta untuk menandatangani surat Berita Acara Pemeriksaan (BAP) dan akan dipersoal pada Rabu akan datang (19/6/2019). Jika didapati bersalah, mereka semua berdepan hukuman penjara 1 bulan atau denda 1 juta rupiah (RM3,433).
Mencemarkan kesucian bulan Syawal je dorang ni! Semua dah tua pulak tu haihhh…