Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan kes Covid-19 di Malaysia bakal naik secara mendadak sekiranya rakyat terus ambil mudah lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini, banyak kluster baru telah dikenal pasti.
Malah, kadar jangkitan (R-naught (R0)) telah meningkat ke 1.36. Kalau korang nak tahu, ini adalah peningkatan yang sangat banyak berbanding semasa PKPB di mana kadar R0 hanya pada 0.3.
Dalam sidang media semalam, Dr Hisham mengatakan, sekiranya R0 terus meningkat dan melebihi 1.6, kita mungkin akan melihat peningkatan mendadak pada kes baru Covid-19.
Kalau korang nak tahu, R0 adalah terma Matematik yang menentukan kadar penularan sesuatu penyakit berjangkit. Sebagai contoh, jika R0-nya adalah 3.55, ini bermakna seorang manusia boleh menyebarkan penyakit kepada 3.55 orang.
Jadi, dengan jumlah R0 1.36 sekarang, sorang pesakit Covid-19 boleh menyebarkan penyakit ini kepada 1.36 orang.
Nombor kes aktif dengan keboleh jangkitan pada 9 Julai adalah 63 tapi pada 23 Julai, ada peningkatan sebanyak 143.”
Jika R-naught terus meningkat, kami risau ramai yang akan dijangkiti. Sebab tu bahaya kalau R-naught melebihi 1.6.”
Dr Hisham turut merayu agar rakyat Malaysia terus mematuhi SOP yang disarankan oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar jangkitan.
Hanya ada tiga perkara yang perlu dibuat, penjarakan sosial, pakai pelitup muka dan sentiasa basuh tangan menggunakan sabun atau sanitiser.”
Disamping itu, Dr Hisham turut menasihati orang ramai untuk mula pakai pelitup muka dari sekarang tanpa perlu menunggu tarikh pelaksanaan yang akan bermula pada 1 Ogos nanti.