Setelah beberapa hari mendiamkan diri, akhirnya Marissa Dania Hakim membuka mulut dan cuba menjelaskan situasinya kepada umum melalui sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, hari ini.
Menurut hantaran tersebut, Marissa mengakui kesalahannya dan akan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut sebaik mungkin.
Tambah Marissa, apa yang berlaku adalah pilihannya sendiri. Oleh itu, usah menyalahkan ibu bapanya yang telah menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Bagaimanapun, Marissa enggan memberikan sebarang penjelasan lanjut kepada netizen kerana ia hanya akan membuatkan keadaan menjadi semakin teruk.
“Saya hanya akan membuat penjelasan kepada ahli keluarga terdekat sahaja. Jadi jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain.
“Saya mengaku saya bersalah. Apa yang diviral dan diperkatakan ada yang benar, saya mengaku, dan ada juga yang tidak benar tetapi saya bukannya di sini untuk membela diri sendiri.
“Namun, tidak adil sekiranya orang ramai dengar daripada sebelah pihak sahaja kerana cerita yang tular bukanlah 100% tepat. Bagaimanapun, saya tidak perlu meyakinkan sesiapa tentang itu,” katanya.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: Papa doa supaya Allah tutup pintu hati ke atas mana-mana lelaki – Ucapan Hari Lahir Norman Hakim Kepada Marissa Kembali Tular
Artikel berkaitan: Dakwa Marissa Bercuti Masa Hari ‘Check In’ Wanita Tampil Bagi Respon
Tambah Marissa, tidak ada apa-apa lagi untuk dibincangkan antara dia dan pihak keluarga Aslam serta isterinya.
“Cukuplah semua kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu satu dunia bahawa sava bersalah, bahawa saya punca dia melanggar taklik dan penceraian berlaku.
“Dan antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja yang tahu apa yang sebenar benarnya terjadi antara kami.
“Daripada bermulanya semua ni sehingga ia berakhir. Saya bersalah dan saya mengakuinya. Tujuan hantaran ini dibuat adalah untuk memberitahu orang ramai saya tidak akan membuat sebarang kenyataan untuk membela diri,” katanya.
Tambah Marissa , dia dan Aslam tidak meraikan apa-apa selepas mereka (Aslam dan isteri) pulang dari mahkamah seperti yang ditulis oleh Umisa di Twitter.
“Apa yang kami buat sampai dia boleh cakap kami celebrate? Salah satu perkara tidak benar yang diviralkan.
“Evervone will have different opinions on certain things, tetapi jangan lupa bahawa semua orang ada hak untuk bersuara. Begitu juga dengan saya yang bersuara bagi pihak saya,” katanya.