in

“Saya memang tak nak mama kahwin dengan abang Iqbal” – Cik B

Ft Cik B Bagi Respon Vida Nak Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Saya sangat kurang setuju”, itu adalah pengakuan Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamillen setelah akhirnya tampil buka mulut mengenai isu perkahwinan ibunya Dato’ Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli.

Menerusi temubualnya bersama Melodi semalam, faktor umur menjadi penyebab utama mengapa Cik B tidak merestui hubungan ibunya itu.


 

Mesti ada sebab. Saya pun tak setuju mama nak ada anak lagi.”

Cik B juga mendedahkan bahawa hubungannya dengan Iqbal tidaklah begitu baik kerana mereka kerap bergaduh sebelum ni.

“Saya sangat kurang setuju. Mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 27. Macam mana abang Iqbal boleh sukakan orang tua. Mesti ada sebab. Saya pun tak setuju mama nak ada anak lagi. Mama ni kalau dia bercinta, dia macam cinta buta.”

Cik B Bagi Respon Vida Nak Kahwin 2

“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak baik. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa-biasa. Mama pun selalu bergaduh dengan dia.”

Bagaimanapun, jika itu adalah jodoh ibunya Cik B hanya boleh harapkan kebahagiaan ibunya biarpun jauh dari sudut hatinya dia tidak setuju dengan perkahwinan mereka.

Cik B Bagi Respon Vida Nak Kahwin

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai perkahwinan mereka itu hanyalah sekadar publisiti atau tidak, Cik B sendiri tidak tahu kerana pada awalnya Cik B sendiri rasa ia seperti publisiti dan dia sendiri harap bahawa itu adalah publisiti semata-mata.

“Sebenarnya saya ingatkan cuma marketing (publisiti), tapi nampak macam betul-betul pula.

“Ya Allah takutnya, tapi harap-harapnya memang marketinglah. Saya pun macam tak naklah ada ayah baharu. Saya pun dah cukup dah ada lima ayah.

“Tapi kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy (gembira), ikutlah mama nak buat apa. Saya memang tak nak mama kahwin dengan abang Iqbal.”

Sebelum ini, Dato’ Seri Vida ada mengumumkan yang dia akan berkahwin dengan Iqbal bulan Disember ini, bagaimanapun Vida menjelaskan bahawa anak sulungnya Cik B, masih belum tahu perkara ini.

 

Baca : “Cik B perlukan masa” – Dato’ Vida Menangis di IG Live, Cik B Tak Restu Perkahwinan Emak?

Cik B Tak Setuju Dsv Nak Kawin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.