in

“Saya masih lagi mahu bekerja”- Tidak Lagi Bersama Dengan Suria FM, Tyzo Luah Perasaan Di Instagram

F2 Tyzo Suria Fm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh di media sosial apabila penyampai radio popular Suria FM iaitu Tyzo tidak lagi berkhidmat dengan Suria FM kerana khidmatnya sebagai DJ radio itu berakhir semalam.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, ia merupakan salah satu langkah saluran radio tersebut untuk memberi produk yang lebih menarik untuk pendengar pada tahun ini, lapor Sinar Harian.


Namun, Tyzo Xander atau nama sebenarnya Tuah Zulqarnain pula meluahkan perasaan di Instagram bahawa keputusan itu bukanlah keputusan dirinya.

6

Artikel Berkaitan: “Saya suka dengan apa yang saya buat” – Wanita Bangga Jadi Penyondol, Tapi Tak Setuju Poligami

Artikel Berkaitan: “Terima kasih untuk satu pengalaman yang luar biasa” – Shuib Undur Diri Dari Suria FM

Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih lagi mahu bekerja. Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya. Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023,” tulis Tyzo di Instagram.

Untuk pengetahuan semua, Tyzo telah meraih trofi Penyampai Radio Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun lalu.

8

Menerusi Instagram juga, Tyzo turut mengatakan bahawa dia akan rindu untuk bergandingan dengan Sharifah Shahirah atau Shieraijoy di radio tersebut selepas ini.

Selain itu, Tyzo juga meminta agar tiada pihak yang akan spin cerita tentang perkara ini.

Dia turut mengatakan bahawa dia tidak redha dengan pemergian ini namun apa dayanya kerana tiada pilihan.

Selepas Tyzo diumumkan tidak lagi akan berkhidmat untuk Suria FM sebagai penyampai radio, rata-rata netizen telah berspekulasi tentang penyebab mengapa Tyzo tidak lagi bekerja di stesen radio itu.

Sumber: Instagram @tyzoxander 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.