Baru-baru ini pelakon, Sharifah Sakinah telah menimbulkan tanda tanya kepada warganet apabila dia memuat naik gambar bersama suaminya dengan kapsyen seakan-akan hendak bercerai.
Bagaimanapun, Sakinah mengakui masih lagi menyayangi suaminya dan setelah perbincangan diadakan, mereka telah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Tapi, Sakinah memberitahu bahawa dia mungkin akan kembali kepada Michael, namun bukanlah dalam waktu yang terdekat.
“Saya masih cintakan dia. Cuma buat masa sekarang, lebih baik masing-masing buat hal sendiri. Mana tahu mungkin lagi 10 tahun akan datang kami akan bersama semula. Tapi jika saya sudah menemui lelaki lain, bye-bye jawabnya,” kata Sakinah.
Dalam masa yang sama, Sakinah akui yang dia teringin menimang cahaya mata namun ini menjadi salah satu sebab kenapa mereka kerap bergaduh.
Menurutnya, suaminya adalah seorang yang bertanggungjawab kerana dia tidak boleh meninggalkan anak-anak dan bekas isteri di Sweden yang sedang menjadi tanggungannya untuk berpindah ke Malaysia.
“Buat masa sekarang memang kami tidak boleh ada cahaya mata bersama. Ya, saya mahukan anak. Tapi kami tidak boleh memilikinya (anak) kerana faktor hubungan jarak jauh.”
Masih belum bercerai tapi berpisah
Menjelaskan isu berkenaan, Sakinah akui yang mereka masih lagi sebagai suami isteri tapi mengambil keputusan untuk berpisah dan bukannya bercerai.
@kosmoonline Saya masih cintakan Michael – Sharifah Sakinah #sharifahsakinah #beritatiktok #beritatiktok
♬ Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi
Menerusi sebuah video di Tiktok, Sakinah menjelaskan bahawa Michael mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anaknya dan bukan senang untuk dia menunaikan permintaan Sakinah yang mahukan cahaya mata.
“Dia punya culture is dia kena jaga anak dia. Kalau lelaki Melayu, dia akan (boleh) bagi nafkah sahaja kepada pihak perempuan dan kahwin lain.”
“Culture dia (Michael) lain, seminggu dekat bekas isteri, seminggu lagi dekat suami. Kalau dia (Michael) pindah sini pun, dia perlu bawa bekas isteri dia datang. Jadi kami tak mahu that kind of drama,” ujarnya.
Untuk pengetahuan pembaca, Sakinah telah bernikah dengan Michael selepas mengenali hati budi masing-masing sejak tahun 2020 yang lalu.
Ohh macam tu rupanya, apapun kita doakan yang terbaik la buat pasangan ni..
Baca : “Terdapat sedikit drama” – Suami Sharifah Sakinah Dedah Punca Mahu Bercerai