Kejadian mencuri di pasar raya ni memang dah biasa kan kita dengar, tapi kisah remaja ni memang rare.
Satu tweet mengenai seorang remaja yang mengaku telah mencuri makanan di pasar raya terkenal sewaktu dia masih kecil telah mendapat perhatian netizen.
Tweet itu memaparkan sehelai surat dan beberapa helai wang kertas yang bernilai Rm30.00.
Lama aq keje giant ni susah nak dpt cust yg jujur mcm nii
…🤩🤩 pic.twitter.com/GoVo9AUUwZ— Camelia (@Cameliamalik26) October 8, 2019
Dalam surat tersebut remaja itu mengaku telah mencuri makanan di pasar raya terbabit iaitu biskut ikan semasa dia berusia 9 tahun.
Tapi bukan lah dia ambil sampai segenggam, dia cuma ambil dalam 3 hingga 7 biji je. Wahh siap lukis gambar biskut ikan tu tau
Menurutnya lagi, perbuatannya itu dilakukan setiap kali dia mengunjungi pasaraya tersebut.
Sewaktu saya berumur 9 tahun, saya telah mencuri biskut ikan, sekarang saya berumur 15 tahun”
Apa yang mencuit hati warga twitter adalah remaja berkenaan berani untuk mengaku kesalahannya yang telah lama berlaku. Wow dah 7 tahun kot
Remaja itu kini sudah berusia 15 tahun dan sudah berpindah ke Terengganu.
Rata-rata netizen memuji tindakkan remaja tersebut.
Namun ada juga netizen yang menyakat perbuatan remaja ni. Amboiiii
Walau apa pun, admin rasa permohonan maaf yang adik ni buat sememangnya luar biasa.