in

“Saya mahu cipta kelainan” – Hadiah ‘RM1 untuk 1 like’ Raih Perhatian, Lelaki Pesan Jangan Cuba Gimik Ni Kalau…

suami 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang membuat hantaran khas untuk isterinya di Facebook dan memberitahu akan memberi hadiah ulang tahun isterinya mengikut jumlah like pada hantaran tersebut. Namun, hantaran itu dipadam oleh lelaki itu selepas ia meraih lebih 14,000 likes.

suami 1

Hantaran ‘diserang’ netizen, raih lebih 14,000 likes tak sampai 5 jam!

Menurut mStar yang menemu ramah Farid Sharif, dia sama sekali terkejut dan tidak menyangkan hantaran tersebut telah mendapat sambutan. Pada asalnya, dia mahu meletakkan nilai 10 sen untuk satu like, tapi disebabkan hantarannya sebelum ini hanya mendapat 100-200 likes, nilai 10 sen itu dianggap terlalu rendah baginya.


Mulanya saya nak letak RM0.10 bagi setiap like tapi bila mengambil kira jumlah friend list saya cuma dalam 1,400.. macam rendah sangat pula. Jadi saya buka post kepada public.. bukan semua friend akan like jadi saya up kepada RM1.. paling maksimum pun 2,000 likes je.

suami 2

Farid berkata, untuk tahun sebelum ini, dia sudah ada bajet untuk hadiah isteri kesayangan namun, kali ini dia mahu membuat kelainan. Tak sangka pula kurang dari lima jam, hantaran itu mendapat 14,000 likes dan ramai juga telah screenshot hantaran berkenaan.

Rupa-rupanya, ada ‘gerakan bawah tanah’ daripada kawan-kawan rapat saya termasuk isteri sendiri bersama geng-geng di anak bagi tambah like. Patutlah laju. Benda dah viral, hadap jelah.

Jangan cuba gimik ni kalau tak nak ‘terciduk’!

Tambah Farid, isterinya, Amelia Ahmad memahami keupayaan kewangannya selepas mengambil kira pelbagai keutamaan yang perlu didahulukan. Amelia juga tidak mendesak suaminya dan menganggap ia sebagai sedekah tanda kasih sayang antara suami isteri.

Dia anggap sebagai sedekah tanda kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Sedia jelah duitnya. Deal tu biar antara saya dan isteri.

Artikel berkaitan: Pak Nil Kongsi Video Sambutan ‘Birthday’, Kena Main ‘Game’ Cari Barang Tersembunyi Untuk Dapat Hadiah

Artikel berkaitan: Hanya Pakai Kereta Kancil Lama, Wanita Hadiahkan Ibu Ayah Kereta Baru Raih Sebak Netizen

Farid juga berpesan kepada kaum suami untuk tidak mencuba gimik sepertinya takut diri sendiri yang terkena semula. Paling penting objektifnya untuk wish birthday itu tercapai sehingga membuatkan isterinya gembira.

Saya kira ini semua kesilapan taktikal sendiri. Tapi korang semua memang tak patut. Kalau aku biar sampai malam entah-entah boleh cecah 100,00 likes. Mana aku nak lari.

Kepada suami-suami semua, jangan cuba gimik yang saya buat ni, last-last sendiri yang terciduk (terkena). Orang perempuan tak akan bagi muka punya. Doakan yang baik-baik untuk kami suami isteri, moga diluaskan rezeki dan bertambah bahagia.

Netizen ni laju betul buat kerja!

Sumber: mStar, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.