in

“Saya kemurungan dan lemah” – [VIDEO] Ben Amir Kongsi Pengalaman Hampir Hilang Penglihatan

Ben Amir 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Muhammad “Ben” Amir Sabaruddin merupakan seorang pelakon dan model yang amat dikenali dalam industri hiburan tanah air, kerjayanya bermula sebagai salah seorang finalis Hero Remaja tahun 2011 dan dia amat dikenali dalam siri Sweet Dreams.

Baru-baru ini, Ben Amir berkongsi beberapa posting yang menyatakan beliau dimasukkan ke hospital kerana terdapat kecederaan di bahagian mata kirinya sehingga memerlukan pembedahan.


https://www.instagram.com/p/CfB1vVuv0rU/?utm_source=ig_web_copy_link

Terbaru, pelakon muda itu berkongsi sebuah video dalam laman Instagram miliknya di mana kelihatan matanya bengkak dan berdarah malah dia juga berkongsi, dia hampir hilang penglihatan.

Dalam ruangan kapsyen, dia memberitahu keadaan kesihatannya semakin pulih dan sudah tiba masanya untuk dia move on serta kembali bekerja.

https://www.instagram.com/p/Cgt4jSTgvsx/

“Kejadian yang mengubah pandangan saya tentang kehidupan. Tanpa amaran saya hampir menjadi buta. Pemulihan adalah sukar dari segi mental dan fizikal. Saya tertekan dan lemah.

Hari ini saya semakin sihat dan berasa kuat semula. Terima kasih Tuhan kerana membantu saya dan terima kasih kepada semua orang yang berdiri teguh di samping saya ketika saya berada di bawah. Sekarang adalah masa untuk maju dan berkembang.” tulisnya.

Ruangan komen pelakon kacak itu dipenuhi dengan titipan doa daripada peminat serta rakan artis yang lain.

Benamir

Semoga Ben Amir terus kuat!

Baca: “PM layan Stranger Things ke?” –  Baju Sama Dengan Pelakon Netflix, Ismail Sabri Jadi Perhatian Netizen

Untitled Design 2022 05 27T115911.400

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.