in

“Saya kaku, Permaisuri agak rileks” – YDPA Akui Baca Berita Lebih Susah Dari Titah Ucapan

Ydpa Baca Berita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meraih perhatian ramai apabila membuat kemunculan khas di Buletin Utama TV3 semalam.

Baginda berdua tampil kira-kira 15 minit dalam slot eksklusif Buletin Diraja dan menyampaikan laporan seperti pembaca berita.


Berkongsi mengenai pengalaman membaca berita buat pertama kali, YDPA secara peribadi mengakui ia lebih susah daripada menyampaikan titah ucapan.

Memetik sumber Sinar Harian, YDPA menyatakan baginda rasa kaku berbanding Permaisuri yang begitu tenang dalam menyampaikan laporan.

“Baca berita semalam, saya begitu kaku. Permaisuri agak rileks. Mungkin dia (Tunku Azizah) sudah practice banyak kali, tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu dalam bilik itu (studio berita) sejuk sekali. Kalau tak percaya, eloklah lawat bilik berita,” titah baginda.

Rata-rata rakyat yang menonton slot berita itu semalam berkongsi rasa teruja selain turut memuji kebolehan baginda berdua yang berjiwa rakyat menyampaikan berita.

Artikel berkaitan: “Muka macam kenal je” – Telatah YDPA & Raja Permaisuri Agong Baca Berita Buat Netizen Terhibur

Artikel berkaitan: “Anakanda masih bujang”- Tersipu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Mendengar Usikan YDPA

Difahamkan, penstriman secara langsung di YouTube rasmi Buletin Utama mencatatkan hampir 70,000 penonton menyaksikan slot khas yang menampilkan Seri Paduka Baginda.

Sekadar info, Al-Sultan Abdullah bakal menamatkan perkhidmatan sebagai YDPA berkuat kuasa 30 Januari ini.

YDPA seterusnya akan dipegang oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.

Dalam rasa terhibur melihat gelagat baginda berdua, rasa sayu juga apabila perkhidmatan Al-Sultan Abdullah akan berakhir tak lama lagi.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.