in

“Saya hampir ma*t” – Shaza Bae Terlibat Kemalangan Gara-gara Pemandu Mabuk

Syaz Ft 2024 09 05T161934.231

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda antara RM10,000 hingga RM30,000 selain lesen memandu digantung sehingga dua tahun sekiranya didapati bersalah.

Terbaru, pelakon serta juara Dewi Remaja, Shaza Nuriman Mohamad Zamri atau lebih dikenali sebagai Shaza Bae berkongsi pengalaman ngerinya apabila terlibat dalam satu kemalangan melibatkan pemandu mabuk.


Artikel berkaitan: “Diseret sejauh 600M” –  Atlet Kayak Malaysia Parah Dilanggar Pemandu Mabuk

Artikel berkaitan: Lelaki Mabuk Ditahan Polis Gara-gara Cuba ‘Lawan’ Ultraman

Cats 2

1 6

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, pelakon berusia 29 tahun itu berkongsi, kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan sekitar pukul 9.59 malam tadi.

“Waktu itu saya baru pulang daripada menjalankan penggambaran. Ada sebuah kerete Ford melanggar Axia di hadapan kami sehingga menyebabkannya berpusing dan melanggar kereta pemandu peribadi saya.

Ada empat buat kereta lagi yang terlibat semasa kemalangan malam tadi. Kami juga belum tahu status terkini wanita hamil yang memandu kereta Axia.

Pemandu kereta Ford itu mabuk. Saya boleh mati dalam kemalangan malam tadi tetapi Allah Maha Pelindung,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, Shaza memberi peringatan agar jangan memandu dalam keadaan mabuk kerana ia boleh mengambil nyawa mereka yang tidak bersalah.

Allahu, nasib baik selamat semuanya. 

Sumber: Instagram 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.