in

“Saya gelak masa pengebumian nenek saya” – Penyakit JOKER Memang Wujud Dalam Realiti, Ini Kisah Pesakit

Pjimage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni ramai yang tengah kemaruk dengan movie Joker. Kisah watak antagonis daripada cerita superhero Batman ini telah menghasilkan movie solo sendiri.

Kisah seorang lelaki yang bernama Arthur Fleck yang menghidap penyakit Pseudobulbar affect’ (PBA) ini membuatkan dia tak boleh nak kawal gelak sebelum bertukar menjadi Joker.


 

Gelak dekat pengebumian nenek meninggal sebab tak dapat kawal

Ramai yang teruja lepas menonton filem tersebut sampaikan ada yang rasakan diri mereka kononnya seperti Joker. Padahal…..

Namun begitu, penyakit PBA ini sebenarnya memang wujud di alam realiti, penyakit ini akan membuatkan penghidap tak boleh kawal gelak ataupun menangis yang disebabkan kecederaan otak dan strok.

Video ini menunjukkan beberapa individu sebenar yang menghidap penyakit PBA, mereka tak dapat nak kawal gelak atau tangisan dalam situasi tertentu.

Dalam video ini menunjukkan mereka rasa tertekan dengan penyakit tersebut sampaikan ada yang menggelarkannya gila sebab dia gelak masa pengebumian neneknya!

Kalau korang perasan dalam scene Joker kan ada bahagian yang dia jelaskan dia tak dapat nak kawal. Ops! Tak boleh cerita lebih-lebih, tak nak jadi spoiler.

Lagi seorang pula kata, dia asyik menangis tapi bukan sebab sedih tapi disebabkan PBA ni. Untuk pengetahuan lagi, WORLD OF BUZZ menjelaskan bahawa penyakit BPA ni bukanlah depression.

Cuma penyakit PBA ini penyumbang kepada depression . Maknanya, penyakit yang kerap mereka lalui ni buat kan mereka rasa tertekan.

Ramai yang mengalami penyakit mental dalam diam. Jadi, kalau korang ada masalah dengan mental jangan segan silu untuk berjumpa dengan pihak pakar, jangan biarkan je.

 

Baca : “cus shes trynna kill herself bcs of love” – Gadis Alami Major Depressive Disorder Sampai Masuk Wad Gila, Lepas Tunang Kantoi Curang…

Love

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.