in

“Saya dikurung 15 hari” – Dakwa Diri Kena Seksa Dengan Majikan, Pembantu Rumah Ini Buat Video Minta Pertolongan

Feature Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular video mengenai seorang pembantu rumah telah meminta bantuan selepas mendakwa majikannya simbah minyak panas, menyerangnya secara seksual dan mengurungnya selama 15 hari.

2 2
Sumber: mirror

Menurut portal Mirror, pembantu rumah warga bangladesh itu menuduh majikannya yang berasal dari Arab Saudi mengurungnya selama beberapa minggu sehingga dia kelaparan dan minta untuk diselamatkan dan di bawa pulang ke rumah.


Dalam video tersebut, wanita yang tidak bernama itu mendakwa dia telah menjadi mangsa serangan seksual oleh bosnya.

“Tolong selamatkan saya.”

“Saya mungkin tidak akan hidup lebih lama.”

“Mereka kurung saya 15 hari dan hampir tidak memberi saya apa-apa makanan, saya diikat dan lengan saya melecur sebab kena simbah minyak panas”

 

3 1
Sumber: mirror

Wanita itu dipercayai berusia 25 tahun, dan dilihat merekod video berkenaan secara bersembunyi dari pengetahuan majikannya.

Sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan Bangladeshi, BRAC, menyatakan dia masih tinggal dengan majikannya di Arab Saudi, Jeddah dan dikatakan telefon miliknya telah dirampas.

Haish, kenapa lah sampai nak didera pembantu rumah tu. Kalau dia buat salah pun, bukannya macam tu cara nak membalas.

 

Baca: “Dara diutamakan..tak cute takpe” – Netizen Meluat Tengok Iklan Kerja Kosong Majikan Yang ‘Acah Fun’ Ni

Captureeqwqr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.