in

“Saya dib*gelkan 3 kali” – PU Rahmat Kongsi Pengalaman Ditahan Rejim Isra*l

syaz ft 2025 10 06T170130.470

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 32, atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat, merupakan salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), dalam sebuah video doa berkongsi pengalamannya dibogelkan sebanyak tiga kali selepas diculik dan ditahan oleh rejim Israel.

Rahmat berkongsi pengalaman itu kepada peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Ahmad Nazrin Abu Bakar, apabila diminta menceritakan detik paling sukar yang dilaluinya sepanjang berada dalam tahanan.


Menurutnya, kejadian memalukan itu berlaku ketika beliau ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara oleh pihak berkuasa Israel.

Artikel berkaitan: “Telefon ni dah berkhidmat dengan saya lebih 6 tahun” – PU Rahmat Dedah Sebab Buang Semua Gajet Ke Laut Jika Dikepung

Artikel berkaitan: “Tapi yang paling kuat semangat” -Peserta GSF Dedah Sukaralewan Malaysia Paling Teruk ‘Kena’ Dengan Israel

 

View on Threads

 

“Saya sendiri tiga kali kena bogel, saya tak malu nak cakap benda ini sebab saya percaya kita semua lahir dalam keadaan bogel dan mati dalam keadaan bogel.

Tiga kali saya dibogelkan hanya kerana dia takut ada senjata pada badan saya. Pertama dalam kapal tapi tiada orang melainkan tentera.

Kedua di imigresen, ketiga di penjara. Tiga lapisan, tiga kali saya dibogelkan jadi nampak sangat mereka takut dengan senjata,” katanya.

Menurut Rahmat, beliau sendiri dapat menyaksikan dengan jelas bagaimana ketakutan rejim Israel meresap dari peringkat tentera bawahan sehinggalah ke pimpinan tertinggi, termasuk Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.

“Apabila tentera Israel tentera haram masuk, kita boleh lihat pergerakan mereka bukanlah tersusun sangat. Walaupun kami bukan dari latar belakang ketenteraan, jelas mereka bertindak dengan penuh berhati-hati, malah ketakutan,” katanya.

Dia juga berkata ketakutan itu begitu ketara hingga mendorong seorang menteri datang memprovokasi mereka dengan menuduh sebagai pembunuh anak Yahudi.

“Kami balas, ‘engkau pembunuh anak Palestin.’ Terus dia lari. Kalau dia betul berani dan berkuasa, tentu dia lawan, tapi tidak — dia takut. Apa lagi yang dia boleh kata?” ujarnya sinis.

Rahmat menambah, rasa takut itu bukan hanya wujud dalam kalangan tentera, malah turut dirasai pegawai imigresen, anggota penjara, unit risikan, malah menteri sendiri.

 

Sumber: Malaysia Tribune

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.