Hari ini, pempengaruh tempatan Cik Epal mengumumkan dia dan suami, Jofliam sudah bercerai selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga bersama.
Tidak lama selepas Cik Epal memuat naik hantaran tersebut, Jofliam juga memuat naik beberapa IG Story yang memberitahu dia sudah ‘selesai’ menjalankan tanggungjawabnya.
Artikel berkaitan: “Aku tak pernah ungkit” – Jofliam Nak ‘Let Go’ Jam Pemberian Cik Epal?
Artikel berkaitan: Jofliam Jawab Isu Status Perkahwinan, Sudah Lafaz Taklik Pada Cik Epal Tapi…
“Takpe. Saya dah selesaikan tanggungjawab saya. Terima kasih semua. Terima kasih,” tulisnya di IG Story.
Dalam pada itu, dalam beberapa IG Story sebelum, Jofliam yang juga seorang chef piza itu memberi bayangan pertemuannya dengan anak-anak iaitu Han dan Yuki itu merupakan kali yang terakhir.
Sebelum ini, kecoh di media sosial tentan status hubungan perkahwinan Jofliam dan Cik Epal serta pelbagai spekulasi mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuklah dakwaan adanya orang ketiga.
Chef Piza itu bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan pekerjanya seperti yang didakwa ramai.
Sebagai info, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Instagram