Penceramah Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani menyangkal dakwaan ‘buat bodoh-bodoh’ itu sebagai satu mesej untuk merendah-rendahkan martabat diri wanita, beliau menerusi akaun TikTok miliknya semalam menjelaskan bahawa kalimah bodoh itu adalah cuba untuk lebih tawadhuk.
Dalam keterangannya itu, beliau memberikan penerangan yang lebih jelas selepas menghubungi Prof Dr Muhaya sendiri terhadap apa yang Dr Muhaya cuba sampaikan.
Tak perlu diperbesarkan lagi – Ustaz Ahmad Dusuki
Beliau berkata, kaum wanita yang terlalu meninggikan diri sehingga membandingkan diri mereka dengan kaum adam ini telah menyebabkan mereka sukar didekati.
“Saya dah berhubung dengan Prof Dr Muhaya ini, bahasa yang digunakan itu adalah, jangan kita ni seolah-olah berlagak dan jangan sampai orang perempuan ini rasa menyombong diri mereka sehinggakan menjadikan diri dia ni payah untuk dapat jodoh.”
“Bila orang perempuan ni dia meninggikan diri dia ataupun dia berlagak dibandingkan dengan orang lelaki, yang menyebabkan dia ni jadi terjauh daripada orang yang nak dekat dengan diri dia, itu asalnya demikian.”
Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa kaum wanita walaupun sudah berjaya, mereka patut bersikap rendah diri dan darjatnya akan diangkat di sisi Allah S.W.T.
“Tapi, bila dia sebut kalimah bodoh-bodoh tersebut, bukannya bermaksud membodohkan diri, tidak. Tetapi maksudnya adalah untuk menundukkan diri dan atau menjadikan diri kita ni tawadhuk, bila tawadhuk menyebabkan diangkat darjat disisi Allah yang menyebabkan orang perempuan ni lagi ramai, lagi mudah untuk dapat jodoh pada diri dia ni.”
Ustaz Ahmad Dusuki juga meminta orang ramai untuk tidak memperbesarkan lagi isu ini, hanya disebabkan terma ‘bodoh-bodoh’ yang digunakan. Ini kerana beliau yakin bahawa Prof Dr Muhaya tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak.
“Itu yang dimaksudkan oleh beliau, jadi kita tak payah lah nak dibesarkan kalimah yang disebutkan itu kalau kita terasa hati tapi kalau kita ni memang jenis yang nak cari masalah dengan orang memang cepat terasa hati.
Jaga lah diri kita dan akhlak kita supaya, ia akan menjadikan diri kita ini semakin dekat dengan Allah dan disayangi dikalangan makhluk yang ramai, mudah-mudahan Allah rahmati kita, jangan terasa hati sangat lah bahasa-bahasa yang kita gunakan oleh guru-guru kita dan orang alim dikalangan kita.
Prof Muhaya ni kita pun tahu dia bukan berniat untuk yang buruk tu, tidak. Tapi, takkan lah benda yang sekecil itu kita nak besarkan sehingga menenggelamkan yang asas, yang disebut tadi.
Mudah-mudahan kalian semua dapat jodoh yang baik, insyaallah.”
@ustazahmaddusuki #ustazahmaddusuki #spreadkindness #ustadpesan #fypシ #fyp #tazkirahringkas #uad #muhasabahdiri
Bagaimanapun, Prof Dr Muhaya sebelum ini telah membuat permohonan maaf kepada orang ramai dengan kata-kata itu.