Zaman sekarang ni tiket kapal terbang dah semakin murah. So makin lama makin ramai orang pilih kapal terbang untuk ke destinasi pilihan. Bila makin ramai penumpang, makin banyak la kerenah dan aduan yang syarikat penerbangan kena terima hari-hari.
Dua hari lepas, seorang wanita nama SaifarLaile Hamzah ni muat naik satu entri kat Facebook cerita pengalaman dia masa kat lapangan terbang sebuah syarikat penerbangan popular kat Malaysia ni.
Dalam entri tu Saifar luahkan rasa kecewa dan tak puas hati dia pada syarikat penerbangan popular tu sebab dia dilarang naik kapal terbang hanya kerana dia terlambat lima minit pergi solat subuh. Flight dia tu waktu pagi, so dia dah ambik air sembahyang siap-siap la.
Saifar cerita yang dia tak lambat pun sampai kat airport tu tapi cuma dia pergi sembahyang sekejap sebelum kapal terbang berlepas. Waktu solat subuh ni kan sekejap je so Saifar taknak la terlepas Subuh pulak kalau tak sembahyang terus time tu.
“Saya cuma pergi sembahyang, tak sampai lima minit pun.”
Kurang dari lima minit dia pergi sembahyang, tiba-tiba datang-datang tu dah tak dibenarkan naik kapal terbang sebab katanya dia dah terlepas panggilan terakhir. Lepas 15 minit kat situ, kapal terbang tak berlepas pun. Tapi staff masih tak bagi dia naik kapal terbang, siap suruh beli tiket lain lagi.
Bukan dia sorang je tapi ada enam orang lagi sama-sama dengan dia. Pakcik tua dan anak OKU dia pun ada. Saifar kemudian hubungi suami untuk datang menjemputnya pulang.
Mengakhiri entrinya, Saifar mention yang syarikat penerbangan tu boleh jadi yang terbaik kalau diorang flexible sikit peraturan dia tu. Katanya dia bukan lambat, dia cuma pergi sembahyang je.
Kitorang nak komen lebih pun takleh jugak. Apa pendapat korang?
Baca: “Nak solat juga? Sila resign” – Kedai Sukan Ugut Pekerja Muslim Yang Ingin Solat Waktu Kerja