in

“Saya cuma nak tolong” – Sedih Dikecam Netizen, Daiyan Trisha Mohon Maaf Kerana Minta Data Orang Belum Divaksin

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kecoh di media sosial lepas pelakon Daiyan Trisha beritahu yang dia kini merupakan seorang sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Ekoran ini, ramai netizen terutamanya lelaki menyatakan keinginan mereka untuk menukar tempat vaksin kerana ingin bertemu dengan pelakon ini.


Selain itu, Daiyan sebelum ini juga turut membuat survey meminta orang ramai yang masih belum mendapatkan tarikh temujanji vaksin untuk membalas ciapannya di Twitter dan kongsi tangkap layar aplikasi MySejahtera mereka.

Hi guys. I’m trying to collect data and figures, so sesiapa yang masih tak dapat date vaccination dari awal daftar please RT this tweet. Kalau boleh screenshot MySejahtera dan reply dekat tweet ni. Thank you.”

Walaupun agak ramai orang yang telah ulang kicau ciapan Daiyan itu, pelakon ini terpaksa memadamkan tweet tersebut selepas ramai mengecam tindakannya itu kerana boleh membuatkan data peribadi orang ramai terdedah.

Selain itu, Daiyan turut meminta maaf dan menjelaskan yang tujuannya berbuat demikian hanyalah untuk membantu orang ramai memudahkan urusan vaksinasi mereka.

Saya minta maaf. Saya cuma nak membantu. Saya akan berdiam diri buat masa sekarang. Tolong padam ss dan info ya. Saya minta maaf atas kekeliruan ini. Stay strong everyone.”

https://twitter.com/daiyantrisha/status/1411707755291840516?s=21

Pun begitu masih ramai yang menyokong Daiyan serta memahami tindakannya itu hanya untuk membantu orang ramai.

Screenshot 2021 07 05 At 2.33.18 Pm Down

 

Baca: “Itu hak saya” – Daiyan Trisha Minta Netizen Berhenti Cakap Pasal Perubahan Hidungnya Ketika Dunia Masih Kritikal

Screenshot 2021 07 05 At 2.44.34 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.