in

“Saya cantik tak?” – Kisah Lagenda Hantu Jepun Mulut Robek Kuchisake Onna Ni Seram Habis!

collagefeat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam banyak-banyak filem hantu yang kita tengok, kebanyakannya yang seram mesti datang dari Jepun kan? Tapi rupanya, Jepun ada satu lagi hantu lagenda yang paling seram dipanggil sebagai Kuchisake-onna atau wanita mulut robek.

Menurut ceritanya, Kuchisake-onna ini akan muncul dan kacau orang yang sedang berjalan seorang diri di jalanan. Ketika pandang pertama, Kuchisake-onna ini akan kelihatan seperti wanita cantik dan dia akan tutup bahagian bawah mukanya dengan topeng muka atau pun kipas tangan.


Hantu ini kemudiannya akan menghampiri mangsa mereka dan akan tanyakan soalan mudah, “Watashi, kirei?” iaitu “Saya cantik tak?”

Kalau mangsanya menjawab “ya”, Kuchisake-onna akan menunjukkan muka penuhnya mendedahkan mulutnya yang berdarah dan terkoyak dari telinga kanan ke telinga kiri. Dia kemudiannya akan tanya semula, “Saya cantik tak?” Kalau mangsa jawab tak atau menjerit, Kuchisake-onna akan menyerang mangsanya dengan mengelar mulut mangsa menjadi sepertinya. Tapi, sekiranya mangsa menjawab cantik, dia akan tinggalkan mangsa keseorangan dan kemudiannya mengikut mangsa balik ke rumah dan membunuhnya. Gila! Macam mana nak selamat ni?

Kisah seram Kuchisake-onna ni memang boleh buat korang menggigil tapi dari mana ia datang dan macam mana orang nak selamat bila bertembung dengan hantu ni?

Asal usul Kuchisake Onna

kuchisake onna drawing

Seperti kebanyakan cerita lagenda, cerita asal Kuchisake-onna memang sukar untuk dijejaki. Menurut beberapa versi, Kuchisake-onna ini merupakan seorang isteri atau perempuan simpanan samurai yang curang. Sebagai hukuman kecurangannya, suaminya ini telah mengelar mulut wanita ini dari telinga kanan ke telinga kiri supaya dia tidak lagi boleh menggoda orang dengan kecantikannya.

Namun begitu, versi lain cerita ini mengatakan mulutnya dikoyakkan ketika menjalani satu prosedur perubatan di mana seorang wanita yang cemburukan kecantikannya telah mencacatkan mulutnya dan menggantikan giginya dengan gigi yang tajam seperti pisau.

Selepas kematiannya, wanita ini telah kembali sebagai hantu yang ingin membalas dendam. Namanya Kuchisake-onna telah diberikan dengan membawa maksud kuchi (mulut), sake (koyak atau robek) dan onna bermaksud wanita.

Roh orang yang mati dibunuh dengan keadaan yang ganas seperti isteri yang didera, tahanan yang diseksa atau musuh yang dikalahkan biasanya tidak tenang. Kuchisake-onna juga merupakan roh yang tidak tenang.

Soalan bahaya Kuchisake-onna: “Watashi, kirei?”

c64aa9144306921.628a6c165f87d

Dikatakan, Kuchisake-onna akan mengganggu mangsa pada waktu malam dan biasanya akan pergi kepada orang yang berjalan seorang diri. Dengan memakai pelitup muka atau memegang kipas tangan, hantu ini akan tanyakan soalan mudah “Saya cantik tak?”

Jika mangsanya kata tidak, hantu ini akan terus menyerang mangsanya dengan senjata tajam. Ada yang mengatakan senjata yang digunakan adalah gunting atau pun pisau pemotong daging.

Tapi, bila mangsanya jawab dia cantik pula, wanita ini akan tunjukkan mukanya dan akan tanya soalan susulan, “Kore demo?” yang bermaksud “sekarang pun?”

Kalau mangsanya menjerit atau menjawab tidak, Kuchisake-onna akan koyakkan mulut mangsanya untuk menjadi sepertinya atau lepaskan dorang tapi akan kembali semula untuk membunuh mereka.

Jadi macam mana nak selamat bila jumpa dengan hantu bermulut robek ni? Dikatakan, kalau korang terjumpa dengan Kuchisake-onna, korang boleh bagitahu yang dia kelihatan biasa je dan baling gula-gula yang dikenali sebagai bekko ame ke arahnya atau sebut “pomade” tiga kali. Tu pun kalau korang beranilah.

Kuchisake Onna masih ada?

kuchisake onna

Walaupun cerita lagenda ini telah bertahan selama beratus tahun, ada laporan mengatakan cerita ini telah mula didengari ketika zaman Edo (1603 hingga 1837). Tapi, cerita Kuchisake-onna ini mula tersebar pada tahun 1978 di mana pada ketika itu, ramai pelajar Jepun telah berkumpul untuk menyediakan diri mereka menjawab peperiksaan sekolah.

Mulanya ia hanya khabar angin tapi apabila pelajar dari pelbagai sekolah telah kumpul bersama, mereka mula kongsikan cerita yang mereka dengar dengan sekolah lain.

“Bila kita bercerita, biasanya kita akan cerita mengikut memori dan mesti akan ada perubahan sikit-sikit. Jadi, ceritanya akan berubah-ubah mengikut tempat untuk disesuaikan.” – Profesor Likura Yoshiyok.

Di beberapa tempat, ada yang mengatakan Kuchisake-onna ini memakai topeng muka berwarna merah, ada juga yang kata roh jahat hanya boleh berjalan lurus jadi kalau nak lepas darinya, perlu belok atau naik tangga.

Betul atau tak ceritanya, Kuchisake-onna ini memang terbukti popular. Jadi kalau korang pergi ke Jepun dan tiba-tiba kena sapa dengan orang tak kenal yang tanya dorang cantik ke tak, better korang fikir betul-betul sebelum jawab. Haa

Sumber: ati, tbsnews

 

Baca: The Super Scary Labyrinth of Fear: Rumah Hantu Paling Seram di Jepun, Ramai Keluar Ikut Emergency Exit

rumah hantu japan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.